Just another WordPress.com site

Posts tagged “pkr

TAK NAK TO POLITICAL FUNDING

daripada blog Celupor

Sejak PM Najib umumkan inisiatif Kerajaan untuk wujudkan satu polisi jelas berhubung Political Funding atau Political Financing langsung tak ada satupun Parti Politik termasuk BN atau PR yang menyahut perkara ini. Masing-masing buat pekak badak dan berdiam dengan harapan rakyat akan lupa akan syor Najib tersebut.

Image

Political funding ini sentiasa menjadi isu panas bukan sahaja di Malaysia malahan negara-negara maju melibatkan Amerika Syarikat dan Britain. Dikatakan banyak penyelewengan berlaku kerana ia melibatkan jumlah kewangan yang besar. Untuk menjadi ahli politik, salah satu dari kriteria penting di Malaysia ialah mempunyai jumlah simpanan yang banyak. Kalau tak berapa nak kaya baik jangan mimpi nak jadi ahli politik. Inilah budaya politik yang wujud di negara kita. Politik bercirikan kebajikan masih kuat dan ahli politik khususnya yang memegang jawatan ADUN dan Ahli Parlimen merupakan rujukan utama masyarakat yang berdepan dengan isu kesempitan hidup. Tanggungjawab sebagai ADUN dan Ahli Parlimen memang beban. Kalau setakat jadi ADUN dan MP tanpa pegang apa-apa jadi Menteri atau Timbalan atau Exco, baik jangan jadi Ahli Politik. Tak balik modal. Manakan tidak, kena jaga pengundi, AJK Bahagian, penyokong dan macam-macam orang. Kalau tak dijaga, gerenti sepenggal sajalah nama naik. Inilah resam yang berlaku dalam politik hari ini.

Oleh sebab itulah, kalau ADUN dan MP yang cukup-cukup duit nak jadi pemimpin, terpaksalah buat kerja-kerja salah. Paw sana sini. Pantang jumpa kontraktor, perkataan pertama takkan tak ada apa-apa, untuk Parti, untuk kawasan!! Mana-mana yang agak daring sikit, mulalah buat kerja-kerja palsukan tuntutan. Manakan tidak untuk keluarkan bajet ADUN dan MP kat Pejabat daerah bukan senang. Kena buat projek baru boleh keluar. Apalah ada setakat RM500,000. Pening-pening jadi ADUN atau MP ni.

Kerajaan yang memerintah perlu kaji semula jumlah peruntukan kepada ADUN dan MP. RM500,000 untuk ADUN dan RM1 juta untuk MP taklah cukup. Tambahlah sikit. Kalau tak silap, Kerajaan ada umum menaikkan elaun ADUN dan MP dalam bajet yang lepas. Tapi mendapat tentangan dari Ketua Pembangkang. So, Najib ambil keputusan batalkan. Hehehe. memang bangang Ketua pembangkang. Pembatalan ini bukan sahaja bengangkan MP dan ADUN BN sahaja malahan MP dan ADUN PR juga bengang. Dia dah kaya raya, simpan duit kat Israel bolehlah bantah. Macam mana yang lain???

Polisi tentang Political Funding ini penting kerana ia boleh mengelakkan ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk kepentingan diri. Minta sumbangan, kata untuk parti, untuk rakyat tapi masuk poket sendiri. Kalau betul-betul jujur untuk parti dan rakyat, kenapa tak dideclare dan dimasukkan dalam akaun parti. Jangan tetiba keluar dalam media, duit masuk dalam akaun, tetapi program tak dibuat. Macam yang libatkan dua tiga orang kuat yang keluar akhbar hari tu!!! Baru mengelabah nak jawap, mula-mula pusing rata, last-last mengaku. 

Ada baiknya, parti-parti politik yang ada keluarkan arahan segera kepada semua ahli untuk mematuhi arahan PM ni. memangkan pilihanraya da hampir dekat, maka lagi cepat arahan keluar lagi bagus. Kalau tak makin banyaklah yang gunakan alahan PRU13 untuk kutip kekayaan peribadi. Busuk nama parti!! Polisi ini bukan setakat BN tapi termasuk juga PR.


Pembangkang Amalkan Selective Memory

dipetik daripada : http://celupor.wordpress.com/2012/02/28/pembangkang-amalkan-selective-memory/

Syabas dan tahniah kepada YAB PM kerana berani menyatakan pendirian terhadap usul-usul yang dikemukakan Panel Bebas SPRM. Dalam ucapannya semalam PM telah mengumumkan pendirian terhadap banyak isu-isu yang lebih penting berbanding apa yang dilaporkan media propembangkang.

Antara isu-isu penting yang dipersetujui Kerajaan termasuk memberikan akses penuh Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada mana-mana dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran. Memang Kerajaan BN yang mendahului segala-galanya dalam isu pengisytiharan harta. Tidak seperti negeri pembangkang yang baru setahun jagung memerintah tetapi sudah menunjukkan belang seolah-olah merekalah pejuang integriti kononnya. Sejak memerintah, Kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan tindakan pengisytiharan harta bagi anggota pentadbirannya. Bukan itu, saja malahan lebih dari apa yang dibuat oleh Kerajaan Pembangkang. BN wajibkan isytihar harta isteri dan keluarga terdekat. Harta diisytiharkan secara berkanun (akuan bersumpah lagi). Setiap pemilikan harta baru dan pelupusan harta diisytiharkan kepada Perdana Menteri. Nah, kini Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri diberikan akses penuh kepada dokumen-dokumen tersebut.

Sepatutnya, kerajaan pembangkang wajar ambil iktibar, mencontohi dan memperluaskan dasar pengisytiharan harta kepada semua negeri pimpinannya. Ini tidak!! Dok pandai kritik dan mengutuk je. Adakah Kelantan, Selangor dan Kedah buat sebagaimana BN buat?

PM turut menyentuh mengenai kesediaan Kerajaan pimpinannya untuk memperkenalkan dasar mengenai political funding atau dana politik. Bukankah ini menunjukkan ketelusan, keberanian dan keikhlasan Kerajaan. Kita tahu, tanpa wang sukar untuk parti dan ahli politik berpolitik. “No money no honey” konsep jelas dalam politik hari ini. Takkan nak bermodalkan air liur je bila rakyat datang pohon bantuan; anak nak masuk sekolah, anak nak kahwin, dah berbulan tak bayar api/air dan macam-macam isu serta masalah yang biasa dirujuk rakyat kepada ahli politik. Semua parti politik bergantung pada dana atau sumbangan. Termasuk DAP, PKR waima BN sekalipun. Duit sumbangan ini wajar dimasukkan terus ke dalam akaun parti sebagaimana saranan PM. PM sedar ramai yang kaki kapur, gunakan nama parti untuk kutip dana. Justeru itu, bagi membendung masalah penyalahgunaan nama parti untuk kepentingan peribadi, maka dasar mengenai semua dana atau sumbangan politik dimasukkan ke dalam akaun parti wajar disokong. Timbul kelucuan juga bila, DAP, PKR dan PAS tidak pula menyahut perkara ini. Mungkin terlalu ramai yang kaki kapur dalam parti tersebut atau mungkin juga banyak sumbangan daripada negara atau organisasi musuh Islam yang banyak buat pelaburan kepada Pakatan Haram ni. Takut terbongkar!!

Isu-isu mengenai kebebasan SPRM, jangan politikkan rasuah langsung tidak disentuh oleh media pembangkang. Seharusnya sebagai sebuah media yang bertanggungjawab, mereka perlu memainkan peranan mendidik rakyat khususnya penyokong dan pemimpin politik pembangkang untuk tidak mempolitikkan isu rasuah. Jangan gunakan rasuah sebagai alat untuk jatuhkan seseorang! Jangan memusuhi SPRM! Sebenarnya banyak bukti menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak telus dan tidak ikhlas dalam perjuangan menentang rasuah. Semua tindakan SPRM yang menyentuh penyiasatan ahli-ahlinya akan dipolitikkan, Lihatlah isu penyalahgunaan peruntukan Kerajaan oleh pemimpin-pemimpin di Selangor yang berakhir dengan kematian TBH. Isu TBH digembar-gembur bagi menutup kesalahan jenayah yang dilakukan. Lihat apa jadi pada kes pasir. Selama ini pembangkang banyak melalak untuk ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja. Tapi bila kena batang hidung sendiri, tak perlu, tak payah. Bukankah ini double–standard namanya.

Media pembangkang sengaja memilih angle-angle yang betul-betul boleh mengelirukan rakyat. Kalau diambil kira, PM telah umumkan sebanyak tujuh persetujuan Kerajaan untuk meningkatkan usaha pencegahan rasuah. Namun yang keluar dalam media pembangkang hanyalah berkaitan kenyataan PM untuk meminda perlembagaan bagi pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah jika mendapat mandat 2/3 dalam PRU13. Bukan naik hantu lagi pembangkang bila mendengar perkara tersebut. Mungkin takut pada berbayang sendiri.

Selalunya itulah peranan sebenar kewujudan media pembangkang. Mengelirukan, memutarbelitkan dan selective memory kepada isu-isu yang dia ada kepentingan.


Dari mula orang PKR menyampah Khalid

Wednesday, August 18, 2010

by : the unspinners

Ini berlaku semasa Khalid baru naik Menteri Besar pada tahun 2008. Semasa itu dia baru menggantung Setiausahanya yang dikatakan sedang disiasat oleh SPRM. Orang PKR bukan berdemo depan rumah orang UMNO tapi depan rumah Khalid. Rupanya, dari mula dia naik, orang PKR lama tak berkenan dengannya. Mula Khalid naik, orang Melayu PKR atau reformasi sudah mula sedar Khalid mengenepikan orang Melayu. Sudahlah itu janji dengan nasib orang India pun tak dibela.
Khalid sudah bertambah teruk hingga terpaksa kutuk orang untuk naikkan diri sendiri. Dia kata dia lebih baik dari Khir Toyo. Macam mana dia kata dia lagi baik dari Khir Toyo? Teruk2 Khir Toyo, bodoh2 Khir Toyo, macam2 lagi lah kecaman terhadap Khir Toyo …. apa pencapaian Khalid. Baca Khir Toyo jawab balik Khalid sini. Biasalah doc, orang gagap kuat merapu. Tak ada kerja lain Pakatan ini merapu melainkan hentam pentadbiran sebelum ini. Mereka perlu hentam yang lepas kerana mereka tidak boleh tadbir dan tak ada jasa, kejayaan dan sumbangan untuk dibanggakan sekarang. Keadaan kerajaan huru hara dan caca marba. Mereka malu dengan pelbagai pendedahan demi pendedahan yang dibuat terhadap mereka yang mereka tidak upaya menjawab. Dari mereka tuduh teruk2 UMNO, kan baik fokus membina jasa dan bantu rakyat dan negeri dengan ikhlas. Melihat keadaan sekarang, kenapa PKR diam aje? Dulu tahu mogok. Dah kena suap? Dah kenyang? Reformais dah dapat kerja business, dan kedudukkan? Dah makan pasir, tak boleh cakap? Dah kompromi prinsip? Dulu bela Melayu, sekarang dah tak sebut bela Melayu lagi.
Posted by The Unspinners at 8:20 AM 4 comments

For laugh, watch the Selangor Government comedy act

A SPY camera in the menteri besar’s office, a death threat on a member of parliament, a garbled “OMG” Twitter message from the state assembly speaker, a mere rap on the knuckles for a controversial state executive councillor — what the freaky mumbo is going on in Selangor? The mishmash of peccadilloes is hitting in, one after another, over the past two weeks and they seem to suggest that, like Penang, Selangor is agonising over problems that come with administering a state government just into its third year at the reins. These matters look serious enough as they concern security and governance at the highest level but sometimes, you can’t help but laugh at some of the cloak-and-dagger humdingers that could have come straight out of Get Smart — especially the spy camera blooper and the tweet line. It was reported that the camera was found hidden behind a curtain in Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim’s office on the 21st floor of the state secretariat building in Shah Alam late last week. As the story went, the menteri besar uncovered it after tracking a constant beeping sound coming from behind the curtains. The beeps were actually signals emitted by the camera as it was running out of power — in short, it was a “low batt” alarm that blew the cover. What kind of espionage was that? And it was hilarious to see the size of the “secret” camera that was used — as big as a desk diary. Such lack of sophistication in this day and age of wireless motion-sensor spy cams with solar charger and high-definition wristwatch spy cams. It was a sloppy and amateurish act of spying in every way. But the bigger issue is, who could be behind this. Obviously an adversary due to the sinister nature. But who planted it there? Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo? Not likely, unless the former menteri besar and now state opposition leader is a master of disguise. In the present circumstances, Khalid’s guards would not even let him past the front gate of the secretariat. Besides, Dr Khir is also too busy catching sand thieves. So, it had to be someone from the inside, and this will be the state’s greatest mystery since the death of Teoh Beng Hock at the Malaysian Anti-Corruption Commission office in Shah Alam last year. If I were Khalid, I would just stay quiet on the discovery and just play along — talk to myself, sing Madu Tiga loudly off-key or strike bodybuilder’s poses in front of the camera every now and then. And utter a few things to lead them up the garden path. They would never come back to do it again, after listening to the singing. Of course, a more serious issue is this — what if it was not a spy camera behind the curtain but a bomb? Which brings us to the death threat received by DAP member of parliament for Petaling Jaya Utara Tony Pua on Wednesday. Pua, an outspoken Ivy League alumnus, said an envelope bearing a Tangkak, Johor, postal mark and containing a bullet and note was mailed to his service centre in Damansara Utara. Perhaps the young MP should know that this kind of intimidation comes with the job, especially the harder jobs of the world, like being a newspaper editor. Adding to all the action was the “severe reprimand” meted out by the DAP disciplinary committee on state executive council member Ronnie Liu over support letters issued in his name. Many neutrals describe this as a mere rap on the knuckles and not harsh enough, considering DAP’s public stand on such matters as tantamount to corruption. Was favouritism at play here?

But the one that takes the cake was the revelation of the real message behind the tweet OMG! Real culprit is freed posted by State Assembly Speaker Teng Chang Khim after the sacking of Selangor DAP secretary and Klang municipal councillor Tee Boon Hock from the party for allegedly issuing several support letters using Liu’s letterheads. Whichever way, it was certainly a loaded message in the light of developments in the party and the rather well-known differences among certain quarters in DAP. But when Teng explained that his tweet was actually a reference to a character in a Chinese movie he was watching, 14 Blades (Jin Yi Wei), many were bemused. But I guess he has been given the benefit of the doubt. Chinese movie? Yeah right: “LOL. They shud b BFF frm now.” Back to the original question: just what is going on in Selangor? It could be an unusual astronomical alignment or some other mysterious forces at work. More likely, all this is just a sign of plain administration fatigue setting in, two years after the Pakatan Rakyat government took over. And we’re just getting to half-time.

Source: Syed Nadzri, NST Aug 17th, 2010, For dramas, just come to Selangor