Just another WordPress.com site

Posts tagged “PAS

TAK NAK TO POLITICAL FUNDING

daripada blog Celupor

Sejak PM Najib umumkan inisiatif Kerajaan untuk wujudkan satu polisi jelas berhubung Political Funding atau Political Financing langsung tak ada satupun Parti Politik termasuk BN atau PR yang menyahut perkara ini. Masing-masing buat pekak badak dan berdiam dengan harapan rakyat akan lupa akan syor Najib tersebut.

Image

Political funding ini sentiasa menjadi isu panas bukan sahaja di Malaysia malahan negara-negara maju melibatkan Amerika Syarikat dan Britain. Dikatakan banyak penyelewengan berlaku kerana ia melibatkan jumlah kewangan yang besar. Untuk menjadi ahli politik, salah satu dari kriteria penting di Malaysia ialah mempunyai jumlah simpanan yang banyak. Kalau tak berapa nak kaya baik jangan mimpi nak jadi ahli politik. Inilah budaya politik yang wujud di negara kita. Politik bercirikan kebajikan masih kuat dan ahli politik khususnya yang memegang jawatan ADUN dan Ahli Parlimen merupakan rujukan utama masyarakat yang berdepan dengan isu kesempitan hidup. Tanggungjawab sebagai ADUN dan Ahli Parlimen memang beban. Kalau setakat jadi ADUN dan MP tanpa pegang apa-apa jadi Menteri atau Timbalan atau Exco, baik jangan jadi Ahli Politik. Tak balik modal. Manakan tidak, kena jaga pengundi, AJK Bahagian, penyokong dan macam-macam orang. Kalau tak dijaga, gerenti sepenggal sajalah nama naik. Inilah resam yang berlaku dalam politik hari ini.

Oleh sebab itulah, kalau ADUN dan MP yang cukup-cukup duit nak jadi pemimpin, terpaksalah buat kerja-kerja salah. Paw sana sini. Pantang jumpa kontraktor, perkataan pertama takkan tak ada apa-apa, untuk Parti, untuk kawasan!! Mana-mana yang agak daring sikit, mulalah buat kerja-kerja palsukan tuntutan. Manakan tidak untuk keluarkan bajet ADUN dan MP kat Pejabat daerah bukan senang. Kena buat projek baru boleh keluar. Apalah ada setakat RM500,000. Pening-pening jadi ADUN atau MP ni.

Kerajaan yang memerintah perlu kaji semula jumlah peruntukan kepada ADUN dan MP. RM500,000 untuk ADUN dan RM1 juta untuk MP taklah cukup. Tambahlah sikit. Kalau tak silap, Kerajaan ada umum menaikkan elaun ADUN dan MP dalam bajet yang lepas. Tapi mendapat tentangan dari Ketua Pembangkang. So, Najib ambil keputusan batalkan. Hehehe. memang bangang Ketua pembangkang. Pembatalan ini bukan sahaja bengangkan MP dan ADUN BN sahaja malahan MP dan ADUN PR juga bengang. Dia dah kaya raya, simpan duit kat Israel bolehlah bantah. Macam mana yang lain???

Polisi tentang Political Funding ini penting kerana ia boleh mengelakkan ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk kepentingan diri. Minta sumbangan, kata untuk parti, untuk rakyat tapi masuk poket sendiri. Kalau betul-betul jujur untuk parti dan rakyat, kenapa tak dideclare dan dimasukkan dalam akaun parti. Jangan tetiba keluar dalam media, duit masuk dalam akaun, tetapi program tak dibuat. Macam yang libatkan dua tiga orang kuat yang keluar akhbar hari tu!!! Baru mengelabah nak jawap, mula-mula pusing rata, last-last mengaku. 

Ada baiknya, parti-parti politik yang ada keluarkan arahan segera kepada semua ahli untuk mematuhi arahan PM ni. memangkan pilihanraya da hampir dekat, maka lagi cepat arahan keluar lagi bagus. Kalau tak makin banyaklah yang gunakan alahan PRU13 untuk kutip kekayaan peribadi. Busuk nama parti!! Polisi ini bukan setakat BN tapi termasuk juga PR.


Pembangkang Amalkan Selective Memory

dipetik daripada : http://celupor.wordpress.com/2012/02/28/pembangkang-amalkan-selective-memory/

Syabas dan tahniah kepada YAB PM kerana berani menyatakan pendirian terhadap usul-usul yang dikemukakan Panel Bebas SPRM. Dalam ucapannya semalam PM telah mengumumkan pendirian terhadap banyak isu-isu yang lebih penting berbanding apa yang dilaporkan media propembangkang.

Antara isu-isu penting yang dipersetujui Kerajaan termasuk memberikan akses penuh Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada mana-mana dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran. Memang Kerajaan BN yang mendahului segala-galanya dalam isu pengisytiharan harta. Tidak seperti negeri pembangkang yang baru setahun jagung memerintah tetapi sudah menunjukkan belang seolah-olah merekalah pejuang integriti kononnya. Sejak memerintah, Kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan tindakan pengisytiharan harta bagi anggota pentadbirannya. Bukan itu, saja malahan lebih dari apa yang dibuat oleh Kerajaan Pembangkang. BN wajibkan isytihar harta isteri dan keluarga terdekat. Harta diisytiharkan secara berkanun (akuan bersumpah lagi). Setiap pemilikan harta baru dan pelupusan harta diisytiharkan kepada Perdana Menteri. Nah, kini Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri diberikan akses penuh kepada dokumen-dokumen tersebut.

Sepatutnya, kerajaan pembangkang wajar ambil iktibar, mencontohi dan memperluaskan dasar pengisytiharan harta kepada semua negeri pimpinannya. Ini tidak!! Dok pandai kritik dan mengutuk je. Adakah Kelantan, Selangor dan Kedah buat sebagaimana BN buat?

PM turut menyentuh mengenai kesediaan Kerajaan pimpinannya untuk memperkenalkan dasar mengenai political funding atau dana politik. Bukankah ini menunjukkan ketelusan, keberanian dan keikhlasan Kerajaan. Kita tahu, tanpa wang sukar untuk parti dan ahli politik berpolitik. “No money no honey” konsep jelas dalam politik hari ini. Takkan nak bermodalkan air liur je bila rakyat datang pohon bantuan; anak nak masuk sekolah, anak nak kahwin, dah berbulan tak bayar api/air dan macam-macam isu serta masalah yang biasa dirujuk rakyat kepada ahli politik. Semua parti politik bergantung pada dana atau sumbangan. Termasuk DAP, PKR waima BN sekalipun. Duit sumbangan ini wajar dimasukkan terus ke dalam akaun parti sebagaimana saranan PM. PM sedar ramai yang kaki kapur, gunakan nama parti untuk kutip dana. Justeru itu, bagi membendung masalah penyalahgunaan nama parti untuk kepentingan peribadi, maka dasar mengenai semua dana atau sumbangan politik dimasukkan ke dalam akaun parti wajar disokong. Timbul kelucuan juga bila, DAP, PKR dan PAS tidak pula menyahut perkara ini. Mungkin terlalu ramai yang kaki kapur dalam parti tersebut atau mungkin juga banyak sumbangan daripada negara atau organisasi musuh Islam yang banyak buat pelaburan kepada Pakatan Haram ni. Takut terbongkar!!

Isu-isu mengenai kebebasan SPRM, jangan politikkan rasuah langsung tidak disentuh oleh media pembangkang. Seharusnya sebagai sebuah media yang bertanggungjawab, mereka perlu memainkan peranan mendidik rakyat khususnya penyokong dan pemimpin politik pembangkang untuk tidak mempolitikkan isu rasuah. Jangan gunakan rasuah sebagai alat untuk jatuhkan seseorang! Jangan memusuhi SPRM! Sebenarnya banyak bukti menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak telus dan tidak ikhlas dalam perjuangan menentang rasuah. Semua tindakan SPRM yang menyentuh penyiasatan ahli-ahlinya akan dipolitikkan, Lihatlah isu penyalahgunaan peruntukan Kerajaan oleh pemimpin-pemimpin di Selangor yang berakhir dengan kematian TBH. Isu TBH digembar-gembur bagi menutup kesalahan jenayah yang dilakukan. Lihat apa jadi pada kes pasir. Selama ini pembangkang banyak melalak untuk ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja. Tapi bila kena batang hidung sendiri, tak perlu, tak payah. Bukankah ini double–standard namanya.

Media pembangkang sengaja memilih angle-angle yang betul-betul boleh mengelirukan rakyat. Kalau diambil kira, PM telah umumkan sebanyak tujuh persetujuan Kerajaan untuk meningkatkan usaha pencegahan rasuah. Namun yang keluar dalam media pembangkang hanyalah berkaitan kenyataan PM untuk meminda perlembagaan bagi pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah jika mendapat mandat 2/3 dalam PRU13. Bukan naik hantu lagi pembangkang bila mendengar perkara tersebut. Mungkin takut pada berbayang sendiri.

Selalunya itulah peranan sebenar kewujudan media pembangkang. Mengelirukan, memutarbelitkan dan selective memory kepada isu-isu yang dia ada kepentingan.