Just another WordPress.com site

Article

Pembangkang Amalkan Selective Memory

dipetik daripada : http://celupor.wordpress.com/2012/02/28/pembangkang-amalkan-selective-memory/

Syabas dan tahniah kepada YAB PM kerana berani menyatakan pendirian terhadap usul-usul yang dikemukakan Panel Bebas SPRM. Dalam ucapannya semalam PM telah mengumumkan pendirian terhadap banyak isu-isu yang lebih penting berbanding apa yang dilaporkan media propembangkang.

Antara isu-isu penting yang dipersetujui Kerajaan termasuk memberikan akses penuh Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada mana-mana dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran. Memang Kerajaan BN yang mendahului segala-galanya dalam isu pengisytiharan harta. Tidak seperti negeri pembangkang yang baru setahun jagung memerintah tetapi sudah menunjukkan belang seolah-olah merekalah pejuang integriti kononnya. Sejak memerintah, Kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan tindakan pengisytiharan harta bagi anggota pentadbirannya. Bukan itu, saja malahan lebih dari apa yang dibuat oleh Kerajaan Pembangkang. BN wajibkan isytihar harta isteri dan keluarga terdekat. Harta diisytiharkan secara berkanun (akuan bersumpah lagi). Setiap pemilikan harta baru dan pelupusan harta diisytiharkan kepada Perdana Menteri. Nah, kini Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri diberikan akses penuh kepada dokumen-dokumen tersebut.

Sepatutnya, kerajaan pembangkang wajar ambil iktibar, mencontohi dan memperluaskan dasar pengisytiharan harta kepada semua negeri pimpinannya. Ini tidak!! Dok pandai kritik dan mengutuk je. Adakah Kelantan, Selangor dan Kedah buat sebagaimana BN buat?

PM turut menyentuh mengenai kesediaan Kerajaan pimpinannya untuk memperkenalkan dasar mengenai political funding atau dana politik. Bukankah ini menunjukkan ketelusan, keberanian dan keikhlasan Kerajaan. Kita tahu, tanpa wang sukar untuk parti dan ahli politik berpolitik. “No money no honey” konsep jelas dalam politik hari ini. Takkan nak bermodalkan air liur je bila rakyat datang pohon bantuan; anak nak masuk sekolah, anak nak kahwin, dah berbulan tak bayar api/air dan macam-macam isu serta masalah yang biasa dirujuk rakyat kepada ahli politik. Semua parti politik bergantung pada dana atau sumbangan. Termasuk DAP, PKR waima BN sekalipun. Duit sumbangan ini wajar dimasukkan terus ke dalam akaun parti sebagaimana saranan PM. PM sedar ramai yang kaki kapur, gunakan nama parti untuk kutip dana. Justeru itu, bagi membendung masalah penyalahgunaan nama parti untuk kepentingan peribadi, maka dasar mengenai semua dana atau sumbangan politik dimasukkan ke dalam akaun parti wajar disokong. Timbul kelucuan juga bila, DAP, PKR dan PAS tidak pula menyahut perkara ini. Mungkin terlalu ramai yang kaki kapur dalam parti tersebut atau mungkin juga banyak sumbangan daripada negara atau organisasi musuh Islam yang banyak buat pelaburan kepada Pakatan Haram ni. Takut terbongkar!!

Isu-isu mengenai kebebasan SPRM, jangan politikkan rasuah langsung tidak disentuh oleh media pembangkang. Seharusnya sebagai sebuah media yang bertanggungjawab, mereka perlu memainkan peranan mendidik rakyat khususnya penyokong dan pemimpin politik pembangkang untuk tidak mempolitikkan isu rasuah. Jangan gunakan rasuah sebagai alat untuk jatuhkan seseorang! Jangan memusuhi SPRM! Sebenarnya banyak bukti menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak telus dan tidak ikhlas dalam perjuangan menentang rasuah. Semua tindakan SPRM yang menyentuh penyiasatan ahli-ahlinya akan dipolitikkan, Lihatlah isu penyalahgunaan peruntukan Kerajaan oleh pemimpin-pemimpin di Selangor yang berakhir dengan kematian TBH. Isu TBH digembar-gembur bagi menutup kesalahan jenayah yang dilakukan. Lihat apa jadi pada kes pasir. Selama ini pembangkang banyak melalak untuk ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja. Tapi bila kena batang hidung sendiri, tak perlu, tak payah. Bukankah ini double–standard namanya.

Media pembangkang sengaja memilih angle-angle yang betul-betul boleh mengelirukan rakyat. Kalau diambil kira, PM telah umumkan sebanyak tujuh persetujuan Kerajaan untuk meningkatkan usaha pencegahan rasuah. Namun yang keluar dalam media pembangkang hanyalah berkaitan kenyataan PM untuk meminda perlembagaan bagi pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah jika mendapat mandat 2/3 dalam PRU13. Bukan naik hantu lagi pembangkang bila mendengar perkara tersebut. Mungkin takut pada berbayang sendiri.

Selalunya itulah peranan sebenar kewujudan media pembangkang. Mengelirukan, memutarbelitkan dan selective memory kepada isu-isu yang dia ada kepentingan.

Advertisements

MENGAPA CPI KITA SEMAKIN MERUDUM?

Nilai Indeks Persepsi Rasuah Malaysia yang turun dari tangga 56 ke tangga 60 dengan kekurangan skor sebanyak 0.1 mata memang sudah dijangka sejak awal-awal lagi. Ini bukan suatu perkara yang mengejutkan kerana berdasarkan prestasi dan pelaporan isu rasuah sepanjang tahun 2011 masih menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap rasuah bukan pada yang sepatutnya.

Pengaruh Politik Semasa

Tidak sukar untuk menyatakan bahawa di negara yang mana terdapatnya perubahan politik semasa, yakni sokongan kepada pembangkang semakin meningkat akan mempengaruhi penurunan CPI.

Ambil saja contoh negara jiran, Singapura, walaupun berada pada tangga kelima tahun ini dengan skor sebanyak 9.2, tetapi ia juga mengalami penurunan sebanyak 0.1 mata dan merupakan antara skor terendah negara berkenaan sepanjang tujuh tahun kebelakangan ini.

Perkara yang sama juga berlaku kepada negara jiran Thailand, dimana  dengan perubahan politik sekitar awal tahun ini turut menjadikan isu rasuah sebagai salah satu isu dalam pilihanraya negara berkenaan. Skor Thailand turun daripada 3.5 kepada 3.4 tahun ini.

 

Peranan Ahli Politik

Melihat kepada perkara ini, tidak hairanlah bahawa ahli politik memainkan peranan penting dalam memperkatakan isu rasuah.

Ahli Politik sepatutnya bersama-sama agensi anti rasuah dalam memerangi rasuah dan penyelewengan, tetapi sebaliknya ahli politik di negara ini dilihat lebih gemar mengambil kesempatan dalam menggunakan isu rasuah untuk menjatuhkan pihak lawan.

Tanpa disedari, mereka juga sebenarnya telah turut mempengaruhi  persepsi masyarakat terhadap isu rasuah di negara ini.

Ironinya memang sukar untuk mencari ahli politik yang benar-benar komited memperkatakan isu rasuah di negara ini bukan?, selain menunding jari kepada lawan, dan membuat tohmahan, mereka juga sering dilihat mengambil kesempatan memperbesarkan isu berkaitan agensi anti rasuah tempatan.

Ambil contoh isu Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lihat berapa ramai ahli politik pembangkang yang tampil memohon simpati masyarakat  dengan tujuan memeperlihatkan kegagalan parti pemerintah?

Isu berkenaan diperbesarkan dan ditokok tambah, sedangkan ketika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berlangsung awal tahun ini, tidak kelihatan pula kelibat keluarga TBH mahupun ahli politik yang memperjuangkan kematiannya.

Soal penyelewengan yang disyakki mungkin terdapat dalam pemberian tender oleh kerajaan pembangkang bagi projek-projek kecil kerajaan negeri dan sistem amalan ’ali baba’ yang dikeluarkan dalam perbicaraan Suruhanjata Siasatan Diraja tersebut tidak pula dijadikan isu dan salah satu faktor yang patut diambil kira. Tidakkah ganjil disitu?

Akibat terlalu banyak menggunakan isu rasuah dalam urusan politik, maka masyarakat yang dilihat hari ini adalah masyrakat yang mempunyai persepsi pelbagai terhadap isu rasuah, mengikut fahaman politik yang dipegang mereka.

SPRM pula dijadikan tempat pembuangan tohmahan setiap kesalahan yang cuba diperlihatkan oleh parti-parti politik ini, sedangkan agensi ini juga terikat dengan peruntukan undang-undang dibawah bidang kuasa tertentu sahaja.

Kegagalan Kerajaan Mendidik Masyarakat

Tidak dinafikan, telah banyak usaha yang di buat oleh kerajaan sekarang dalam usaha mengurangkan kadar rasuah dinegara ini. Tetapi sejauh mana ia berkesan, sekiranya semua pihak hanya mengambil kesempatan dan tidak membantu menyokong inisiatif tersebut.

Penubuhan NKRA Rasuah dan SPRM dilihat sebagai satu usaha yang patut diangkat oleh semua pihak dalam usaha membenteras rasuah. Namun ia dilihat tidak kemana kerana usaha ini tidak dapat dirasai dan dilihat oleh masyarakat.

Beban memberi pendidikan pencegahan rasuah dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan rasuah seolah-olah hanya perlu ditanggung oleh dua entiti ini sahaja.

Sebagai contoh, dalam sistem perolehan kerajaan, telah banyak inisiatif dan cadangan yang dikemukakan dua entiti ini bagi menjamin ketelusan dan pengurangan ruang penyelewengan. Tetapi adakah ianya diikuti oleh semua agensi kerajaan? Atau hanya mendengar dan mengangguk semata?

Memang usaha menandatangani ikrar integriti untuk meningkatkan ketelusan dan sistem dan prosedur giat dilakukan, malah, seperti paparan semasa, badan-badan korporat, kelompok perniagaan dan agensi penguatkuasaan juga dilihat mahu bekerjasama dalam perkara ini. Tetapi sejauh manakan tahap keseriusan mereka?, sekadar tandatangan sahaja dengan tiada insiatif susulan atau berharap tindakan susulan daripada pihak SPRM sahaja?

Masyarakat  sendiri tidak dapat melihat dan merasai usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini, kerana mereka lebih mengutamakan diri dan kepentingan sendiri. Dalam erti kata lain masyarakat kita gagal dididik membenci rasuah.

Buktinya setelah lebih setahun Kempen Perangi Pemberi Rasuah (satu inisiatif SPRM) dilaksanakan, masih terdapat sejumlah 316 aduan (sehingga 15 November tahun ini) yang diberikan berkaitan pemberian rasuah.

 

Kebolehterimaan CPI

CPI dikeluarkan sejak tahun 1995 oleh Transparency International (TI), sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Berlin, Jerman.  Indeks ini hanya mengkhususkan kepada isu persepsi tahap rasuah sesebuah negara di mana kedudukan sesebuah negara akan disenaraikan mengikut skor yang diperoleh dan bukannya berdasarkan realiti sebenar tahap rasuah di negara terbabit. CPI dikeluarkan berdasarkan pengumpulan kajian-kajian oleh pelbagai pihak, terutamanya berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas ahli-ahli perniagaan luar negara dengan penekanan diberi kepada elemen rasuah.

Seperti tahun ini, CPI Malaysia dikira berdasarkan 12 kajian antarabangsa yang telah dijalankan oleh NGO lain. Oleh itu, CPI Malaysia hanya dikira berdasarkan 12 kajian ini sahaja, bukan kajian yang dibuat sendiri oleh TI. Jadi ianya boleh dikatakan mengambil kira pandangan orang luar terhadap situasi semasa dan isu rasuah di dalam negara ini.

Sumber-sumber kajian tersebut juga tidak dinyatakan secara terperinci, sampel yang digunakan mahupun metadologi kajian, tidak pernah dinyatakan. Jadi adakah ini benar-benar persepsi rasuah di negara ini atau hanya pendapat asing?

Malaysia negara yang korup?

Penurunan CPI setiap tahun sejak  tahun 2009 menunjukkan Malaysia seolah  negara dimana tahap rasuahnya semakin parah. Sedangkan realitinya tidak sebegitu.

Mungkin kerana, isu ’ikan jerung, ikan bilis’ yang sering diperkatakan menyebabkan masyarakat antarabangsa melihat negara ini kurang komited memerangi jenayah rasuah berskala besar kerana tiada tangkapan melibatkan kes-kes berprofil tinggi.

Walaupun banyak usaha yang telah dilakukan oleh SPRM sejak berdiri sebagai sebuah Suruhanjaya pada 2009, tetapi ia dilihat seolah tidak terkesan dihati masyarakat. Berbuih-buih juga mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dahulu dan yang sekarang menyeru masyarakat memerangi rasuah. Tetapi nampaknya suara mereka tenggelam dek kerana suara ahli politik yang lebih kebal.

Untung juga SPRM dapat membawa beberapa kes berprofil tinggi seperti kes bekas Menteri Besar Selangor , Khir Toyo, Alcaltel dan beberapa kes lain ke mahkamah. Tetapi berapakah peratus kemungkinan untuk mereka ini disabitkan bersalah, jika bukti dan saksi sendiri kurang bekerjasama?.

Selebihnya, SPRM terpaksa membuat inisiatif sendiri dengan melancarkan beberapa operasi-operasi berskala besar seperti Ops Pasir, Ops Balak, Ops 3B dan kes membabitkan pendatang tanpa izin di Pulau Ketam. Tetapi bila operasi ini hanya menangkap mereka yang berada di peringkat bawah sahaja, SPRM dikatakan hanya menangkap ikan bilis sahaja. Sedangkan masyarakat sendiri sedia maklum, rasuah itu seharusnya diperangi dari peringkat akar umbi.

Sebenarnya CPI bukanlah kayu pengukur tahap rasuah di negara ini. Dimana jika dilihat paparan  kes-kes rasuah yang dipertuduh dan jumlah sabitan yang dijatuhkan mahkamah keatas pesalah rasuah, tahap rasuah di Malaysia sebenarnya telah berkurang. Cuma tiada kajian dari pihak dalaman sendiri untuk mengukur tahap persepsi masyarakat dan hanya bergantung kepada laporan antarabangsa semata.

Kewujudan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah juga adalah bukti bahawa usaha pembenterasan rasuah di negara ini semakin baik tetapi sokongan itu yang masih kurang.

HABIS.

ini adalah pandangan aku sendiri sebagai seorang rakyak Malaysia. Kalau korang fikir sebaliknya, be my guest


Tidak tahu bersyukur

Sedar tak sedar telah kira-kira sebulan keputusan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock telah pun diumumkan. Prosiding yang telah memakan masa selama lebih kurang tiga bulan itu telah membuat keputusan bahawa TBH di dapati telah membunuh diri.

Tetapi, setelah keputusan tersebut diumumkan, terdapat pihak yang terutamanya yang diketuai oleh Gobind Singh tidak dapat menerima keputusan yang telah diberikan oleh Suruhanjaya tersebut. Semuanya serba tak kena, dan semuanya tidak betul.

Apa lagi yang dimahukan oleh pihak-pihak ini? Seperti yang semua sedia maklum, penubuhan Suruhanjaya ini nadalah berdasarkan pada kehendak mereka
sendiri. Ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang benar-benar bebas dan mempunyai tahap integriti yang tinggi, serta dilantik oleh Yang Di-Pertuan
Agong. Tambah menjengkelkan lagi, semasa prosiding Suruhanjaya tersebut baru sahaja hendak bermula, keluarga serta pihak Gobind Singh yang mewakili TBH menarik diri dan memulaukan prosiding tersebut. Apabila Suruhanjaya tersebut mengumumkan keputusannya, mereka pula tidak dapat menerimanya.

Apakah maksudnya ini? Dah la kerajaan telah memberi ruang kepada mereka untuk mencari kebenaran, bukannya hendak bersyukur. Banyak masa, wang, tenaga dan sumber telah dihabiskan hanya untuk memenuhi serta membantu mereka untuk mencari kebenaran di dalam kes ini. Kalau masih tak puas hati, adalah lebih baik mereka sendiri yang jadi hakim, jadi peguam dan jadi saksi. Mungkin dengan cara itu baru mereka puas hati. Inilah sandiwara yang dimainkan oleh pihak Gobind dalam memutarkan belitkan keadaan.

Selain daripada meminta keputusan Suruhanjaya tersebut disemak semula, mereka juga meminta supaya pegawai-pegawai SPRM yang dinyatakan di dalam keputusan Suruhanjaya tersebut supaya diambil tindakan undang-undang. Inilah yang dinamakan peguam yang bebal. Sekiranya hendak mendakwa pegawai-pegawai tersebut, tiada apa-apa keterangan sepanjang prosiding tersebut yang menunjukkan bahawa pegawai-pegawai tersebut bertindak ”di luar” skop tugasan mereka. Tiada satu pun peruntukan undang-undang yang membolehkan mereka ini didakwa hanya kerana mereka ini dikatakan sebagai ”kasar, sombong atau pembuli”.

Inilah benggali bangang, apabila serban dibuka, mula lah besar kepala. Inikah peguam yang dikatakan sebagai peguam yang hebat? Rasanya lebih kepada peguam menipu.

 

Kasihan kepada keluarga TBH yang menjadi mangsa permainan politik
pembangkang yang terdesak. Mereka akan cuba memanipulasi dan mengambil
kesempatan di atas setiap keadaan. Fikiran keluarga TBH telah diresapi oleh
pemikiran serta ideologi ekstrimis di atas nama kebebasan, dan telah diputar
belit tanpa mereka sedari. Harap mereka dapat sedar sebelum terlambat, dan
biarkan TBH dapat bersemadi dengan tenang.

 

Gobind dan DAP memang menipu rakyat.

 

 


Salam Sejahtera Admin,

Salam Sejahtera Admin,

Beberapa hari ini saya kerap mencari isu perkembangan SPRM dan secara tidak sengaja terjumpa blog ini. Jadi saya kira agak bagus jika saya boleh lontarkan komentar disini.

Hanya beberapa hari sahaja lagi inkues berkaitan kematian pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed akan bermula, dan provokasi umum sehingga kini kelihatan terkawal dan tidak keterlaluan walaupun, beberapa akhbar berhaluan kiri sudah mula mengcungkil pendapat-pendapat dari keluarga dan ahli politik untuk mewujudkan suasana permulaan yang ‘panas’.

Kisah kematian kedua saksi SPRM ini tidak begitu menonjol kerana keluarga arwah kelihatan lebih senang bergerak secara professional dan tidak mahu dipengaruhi oleh mana-mana entiti politik. Begitu juga dengan pihak KDRM, yang mana sebagai satu dari entiti kerajaan, ia semestinya tidak boleh keterlaluan menonjol dalam mengeluarkan pendapat-pendapat berbau provokasi dan meletakkan sahaja mahkamah sebagai tempat penghakiman.

Mungkin juga KDRM tidak mahu bercakap banyak kerana ada lagi pegawai yang masih disiasat SPRM.

Siasatan

Kredit seharusnya diberikan kepada PDRM kerana berjaya mengeluarkan satu cadangan yang bernas untuk menyelesaikan isu ini iaitu mewujudkan inkues walaupun tahu cadangan tersebut akan dikecam.

Ini kerana masyarakat melihat PDRM tidak belajar dari kes Teoh Beng Hock dulu, dimana kredibiliti dan cara kerja anggotanya teruk dipersoal di mahkamah. Baik ketika inkues mahupun ketika Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock, kerana mengambil ringan ketika menjalankan siasatan. Masyarakat mahu tahu punca kematian, ini sepatutnya dinyatakan secara terperinci oleh PDRM dalam siasatan yang dijalankan.

Siasatan PDRM yang seolah tidak mahu mendedahkan punca kematian dilihat sebagai percubaan menyelamatkan diri. Sama ada menjaga nama baik agensi kerajaan ataupun bimbang sekiranya ada perubahan pada keputusan akan datang.

Lebih mengejutkan Malaysian Insider turut memaparkan tentang pengakuan keluarga arwah bahawa mereka tidak pernah dimaklumkan oleh pihak polis mengenai siasatan tersebut, dan tidak tahu darimana datangnya idea mewujudkan inkues tersebut. Malah mengikut cerita portal tersebut, pihak keluarga arwah mahukan Suruhanjaya Diraja.

Ini dibalas dengan kenyataan dari pihak JPM, bahawa inkues perlu diteruskan terlebih dahulu.Jadi pada 4 Julai ini inkues dijangka akan bermula.

Sudah bersediakah semua pihak untuk menyelongkar kisah peribadi arwah yang mungkin akan didedahkan? Sudah bersediakan SPRM menjawab isu pegawainya yang lali? Perlu diingat andai terbuka cerita pegawai kastam ini, pasti segala berkaitan pekerjaannya akan terbuka dan semestinya KDRM secara tidak langsung diheret ke kancah ini.

SPRM kala ini mengambil pendekatan selamat, Abu Kassim pula dilihat lebih banyak mendiamkan diri dan cuba mengelak daripada memberi sebarang kenyataan walaupun diasak bertalu-talu. Mungkin juga kerana mereka sudah belajar daripada pengalaman terdahulu. Banyak diam lagi bagus daripada banyak bercakap. Bimbang jika terlepas cakap nanti disalah tafsir.

Deep Throat

Pelik juga, bila blog milik blogger serba tahu RPK baru-baru ini mendedahkan maklumat yang diberi oleh ‘deep throat’ kononnya dari pihak dalaman PDRM dan KDRM mengenai kemungkinan kekecohan yang cuba ditutup oleh pegawai SPRM.

Pada mulanya, memang ia menarik minat pembacaan, tetapi selepas diteliti setiap baris ayat, ianya tidak lebih daripada luahan pendapat semata-mata dan hasil dari cakap-cakap atas angin yang dikutip.

Atau mungkin juga hasil dari maklumat pegawai-pegawai KDRM yang turut disiasat yang tahu perjalanan siasatan membabitkan arwah, samada pernah diberitahu arwah ketika hari-hari terakhirnya, ataupun diberi tahu sendiri oleh saksi-saksi tersebut.

Logiknya, siapa lagi yang berada dan disoal siasat pada masa yang sama dengan arwah selain orang-orang yang ditahan bersekali dengannya.

Begitu juga tiga penama yang disebutkan iaitu Wan Zainal, Eddie dan Maggie, siapa mereka ini? Peniaga? Forwarding agen yang memberi rasuah? Mahkluk perosak kakitangan awam?. Ini boleh percaya ke?

Bagaimana dengan maklumat yang diperoleh daripada deep throat KDRM kononnya, SPRM cuba dapatkan kerjasama mereka yang disiasat (yakni mereka yang masih tidak dapat memberitahu punca duit ribu-ribu dalam akaun mereka).

Sedih, memang sedih, bila pembacaan berada di perenggan ini;

” The MACC I.O.s have since been directed to get the ‘cooperation’ of the Customs officers who have not been able to explain the money in their bank accounts. These Customs officers were told that if they point their fingers at the late Ahmad Sarbani Mohamed, the MACC will ease up on them and will not prosecute them and may even turn them into ‘prosecution witnesses’.”

Perenggan ini menunjukkan bahawa memang diakui pegawai-pegawai kastam yang disiasat akaunnya itu boleh jadi korup (persepsi yang wujud ketika saya membaca post itu).

Mana boleh, akaun sendiri, duit sendiri, tidak tahu punca?, jika berniaga, cakap berniaga, jika simpanan kata simpanan, jika kerja luar cakap saja kerja luar janji ada bukti.

Masyarakat marhein pun boleh berfikir, semua orang punya mata , telinga, mulut dan ada akal boleh berfikir.

Pendapat peribadi saya, bahawa pegawai SPRM tidak bodoh untuk menggali lubang kubur untuk mengebumikan kerjaya mereka sendiri setelah melihat apa yang terjadi akibat kelalaian pegawai mereka di Selangor pada tahun 2009 sehingga tidak sedar TBH mati di bangunan mereka.

Tunggu sajalah berita Inkues nanti.

Penonton


GANI PATAIL jutawan baru?

 Pada 6 Disember 2010, Gani Patail telah membuat keputusan bersetuju untuk menuduh Khir Toyo dan Shamsuddin. Gani Patail ketika itu, sudah merancang dan dah tahu keputusan ini boleh mendatangkan hasil lumayan. Jumlahnya fikir kemudian tapi jalan sudah jelas.

Pada 6 Jun 2011, tarik balik pertuduhan asal terhadap Shamsuddin. Sapa boleh pertikai keputusan Gani Patail. Undang-undang dalam genggamannya. Artikel 145(3) Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Gani Patail sebagai Pendakwa Negara Agung yang boleh buat apa sahaja keputusan terhadap sebarang kes jenayah. Boleh dakwa, boleh hentikan, boleh gugur atau boleh tarik balik. Gani Patail sudah tahu sangat tiada orang boleh pertikai kuasa ini. Tiada kuasa lain yang boleh tanya atau tegur dia. Gani Patail adalah undang-undang dan undang-undang adalah Gani Patail.

Tak akan buat keputusan tanpa habuan? Kalau beli rumah dan jual selepas 6 bulan agaknya berapa untung? Kalau di kawasan Shah Alam rasanya kalau rumah teres dua tingkat yang dibeli dengan harga RM300,000.00 boleh dapat RM80,000.00 sebagai untung. Tu bisnes lambat untung…loh!

Gani Patail punya bisnes lagi bagus. Kes Siasatan sampai ke tangannya dinilai harga dulu. Bukan Jabatan Penilaian buat anggaran nilai kes tersebut. Tapi konsultan Gani Patail yang buat. Apa formula? Mudah aje…. T = A + S – K. Mudahkan TASK atau cakap orang dibawah bayu TANGGONGJAWAP. T = Target keuntungan, A= Aset tertuduh, S= simpanan tunai tertuduh, K = kesalahan jenayah tertuduh.

Kalau Khir Toyo ada aset bernilai RM90 juta dan simpanan tunai sebanyak RM22 juta. Berapa target Gani Patail? Cara kiranya ialah T=A+S-K . Jadi T=RM90 juta + RM22 juta – RM6.5 juta. Jawapannya T=112 juta – 6.5 juta. Jadi T=RM 105.5 juta. Berapa agaknya konsultan SK bagi pihak Gani Patail cadang? Kalau 4% kiraan melalui mesin kira-kira akan boleh target RM4.22 juta. Komisyen kepada konsultan Gani Patail dari syarikat SK juga 5% iaitu 0.211 juta. Jadi masih boleh dapat tidak kurang dari RM4 juta.

Dalam tempoh 6 bulan boleh dapat RM4 juta sudah bagus punya bisnes lah. Kalau bawa balik ke Sabah boleh beli tanah ladang seluas 1,000 ekar pada kadar RM42,200 setiap ekar. Kalau tanam kelapa sawit boleh dapat pulangan sebanyak RM1400 bagi setiap ekar lepasd tolak kos pekerja dan pengangkutan. Jadi bolehlah dapat raih pendapatan ’halal’ sebanyak RM1,400,000 sebulan. Diam diam boleh tandingi aset dan kekayaan bukan sahaja CM Sabah tapi CM Sarawak. Hebatkan.

SPRM juga bodoh siasat kes-kes ikan jerung bagi Gani Patail buat penilaian untuk kepentingan sendiri. Saya kesian rakan-rakan di SPRM kerja sampai mampus, hilang kawan, kereta kena simbah cat, kena ugut, keluarga selalu kena tinggalkan, harta tak ada tapi orang lain hidup senang. Tapi tak apa kawan-kawan… maruah mesti maintain. Integriti mesti tinggi. Puji tak perlu. Allah jua beri ganjaran. Kalau bukan di dunia mungkin di akhirat. Teruskan perjuangan demi negara dan generasi akan datang.

Salam 1Malaysia.


RASUAH BOLA SEPAK : SYABAS TINDAKAN PANTAS SPRM

Seminggu dua ini kita sekali lagi dikejutkan dengan isu rasuah bola sepak, isu yang sekian lama menghantui kancah bola sepak negara kita heboh semula dan ternyata cakap-cakap selama ini yang mengatakan kemerosotan kualiti bola sepak negara ini bukan kerana pemain sebaliknya ada sebab lain ternyata benar iaitu sukan bola sepak kita dicalar oleh wujudnya rasuah.

Kita harus berterima kasih kepada SPRM kerana tindakan pantas dan cepat dalam menyiasat kes rasuah bola sepak ini sekaligus telah mengheret individu yang terlibat ke muka pengadilan. Saya percaya ini baru permulaan, dan kini peminat bola sepak meletakkan harapan SPRM untuk membongkar lagi rasuah dalam bola sepak.

Tentunya kita masih ingat lagi akan kehebatan dan kehangatan kancah bola sepak tempatan semasa zaman semi-pro, iaitu sekitar tahun 1980an dan 1990an dengan kehadiran pemain seperti Mokhtar Dahari yang jelas mempunyai . Stadium yang sentiasa penuh dengan penyokong datang untuk memberi sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada pasukan idola dan kesayangan masing-masing.

Namun, hari ini setiap jaringan gol itu mula diragui peminat adakah ia jaringan sebenar atau jaringan palsu yang dibayangi oleh rasuah. Sebelum ini, kepercayaan serta sokongan penyokong ini begitu padu pada pasukan masing-masing namun harapan mereka telah dihancurkan serta dikhianati. Apatah lagi, rasuah ini berlegar pada Piala Presiden yang rata-ratanya diwakili oleh pemain-pemain muda.

Lihat betapa ruginya industri sukan bola sepak negara kita, akibat rasuah, segala perancangan untuk memajukan sukan bolasepak negara kita, baik di peringkat tempatan dan antarabangsa terbantut dan sia-sia sahaja. Kalau begini lah, jangan harap lah pasukan bola sepak negara ke kejohanan Piala Dunia, bahkan ke pintu stadium pun tidak akan termampu.

Tindakan pantas pihak berkuasa seperti pihak Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di dalam membanteras isu mengatur perlawanan dan rasuah bola sepak harus dipuji. Tindakan pantas di dalam membanteras isu ini masih lagi belum terlambat untuk menghalang ’barah’ ini daripada terus merebak di dalam arena sukan bola sepak, dan seterusnya menghancurkan imej dan kredibiliti sukan bola sepak negara.

Ini membuktikan bahawa pihak kerajaan menerusi pihak-pihak berwajib mengambil berat serta memandang serius mengenai isu rasuah dari segenap sudut, termasuklah dari sudut sukan. Ini adalah kerana sukan merupakan salah satu elemen untuk memupuk semangat berpasukan, perpaduan serta kerjasama. Jika rasuah dibiarkan berleluasa, semua elemen ini tidak akan dapat dicapai, semuanya tergadai dek kepentingan diri serta tamak haloba.

Segala usaha di dalam memastikan sukan bola sepak negara terus berada di dalam keadaan yang bersih dan bebas daripada gejala rasuah haruslah diteruskan. SPRM perlu mainkan peranan dan teruskan usaha menyiasat sehingga ke akar umbi. Cari dalang yang sebenar yang terlibat  dengan rasuah dalam industri bole sepak ini.

Jangan biarkan manusia-manusia yang mementingkan diri sendiri serta tamak haloba ini menggadaikan maruah pasukan dan negara demi wang ringgit. Selamatkan arena sukan bola sepak negara kita darpada gejala rasuah. Kami sebagai rakyat akan terus menyokong segala usaha ini.

Football Mania,

Serdang.


Gempar : Pendedahan Kes TBH

Pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mengenai saksi (pegawai SPRM) yang memuat turun dan menonton pornografi selepas menyoal siasat Teoh Beng Hock memang agak mengejutkan.

Apatah lagi ianya membabitkan kelakuan dua individu, kakitangan kerajaan yang berkhidmat dalam pasukan penguatkuasa. Pastinya ia sesuatu yang memeranjatkan apabila dia melakukan perkara yang dianggap tidak bermoral oleh masyarakat itu ketika sedang bekerja.

Lebih mengaibkan lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut diheret ke dalam isu ini bilamana seluruh kredibiliti pegawai dalam agensi ini turut dipersoalkan seolah kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’.

Malah ketika prosiding dimana bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim sebagai saksi, dia sendiri menunjukkan riak terkejut bila Pengerusi Suruhanjaya, James Foong memberitahu bahawa anak buahnya iaitu Penolong Penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009, iaitu pada malam dimana Teoh dikatakan dirakam percakapannya. Perkara yang sama juga turut dilakukan oleh pegawai SPRM bernama Raymond Nion.

Isu buruk ini menyebabkan bukan sahaja dua pegawai dilabel sebagai ‘penggemar porno’ malah pegawai SPRM lain pastinya turut dilabel sebagai tidak beretika.

Turut terkena tempias ialah pegawai penyelia di peringkat pengurusan dimana kredibiliti pegawai atasan SPRM cuba diperlihatkan sebagai tidak ambil tahu dan tidak kisah apa yang dibuat oleh orang bawahan mereka.

Suruhanjaya suatu ketika pernah menyoal Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim ketika di mahkamah:

 

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?


Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

 

Melihat isu ini secara logik dan praktikal dengan meletakkan diri dalam suasana kerja SPRM atau mana-mana organisasi sekalipun, budaya ‘jaga tepi kain orang’ memang sudah tidak diamalkan lagi dalam persekitaran kerja sekarang.

Percaya atau tidak itulah budaya masyarakat hari ini, urusan peribadi orang lain adalah hak mereka. Soal kerja adalah sekitar urusan kerja sahaja, dan inilah juga yang berlaku dalam masyarakat termasuklah SPRM. Mereka hanya berurusan bila membabitkan urusan kerja manakala urusan peribadi pegawai adalah hak masing-masing, jadi tidak menjadi budaya seorang ketua untuk bertanya, “apa yang sedang dibuat pegawai?” kerana arahan sedia ada memang digunapakai dan seharusnya dalam pengetahuan semua pegawai.

Atau, adakah bos bertanya pada anak buah apa yang sedang dibuat setiap lima minit sekali? Beruntunglah jika dapat ketua yang prihatin begitu.

Dalam isu ini, soal integriti pegawai tersebut sebenarnya yang perlu dipersoalkan. Bukan soal latihan cukup ke tidak? atau tahukah bahawa kebajikan saksi yang perlu dipantau setiap saat itu tugas mereka?.

Perlu diingat bahawa soal integriti pegawai adalah sesuatu diluar kawalan pihak pengurusan dan pentadbiran SPRM. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sikap dan peribadi pegawai tersebut.

Isu yang timbul disini ialah Integriti dan moral kedua pegawai tersebut. Walaupun berkhidmat sebagai anggota peguatkuasa dimana mereka sepatutnya terikat untuk mematuhi tatacara kelakuan baik, moral dan integriti yang tinggi namun harus diakui bahawa dalam setandan pisang belum tentu semuanya elok.

Begitulah ibarat pegawai SPRM dalam perkara ini, dalam 2000 pegawai SPRM sekarang belum tentu semuanya patuh pada arahan yang dikeluarkan jabatan.

Telah termaktub dalam Dasar dan Garis Panduan ICT mana-mana jabatan kerajaan yang menyatakan tanggungjawab pegawai dalam melayari Laman Sesawang/ Portal dan Blog. Larangan ini termasuklah dilarang memuat naik bahan-bahan yang dipetik dari media cetak atau media elektronik tanpa kebenaran sumber asal;

Pengguna juga dilarang mengakses laman sesawang / portal, blog dan laman jaringan sosial yang tidak berfaedah dan dilarang mengganggu atau menceroboh laman sesawang / portal dan blog mana-mana jabatan, organisasi atau negara; dan malah mereka juga dilarang memasukkan, menyalin, menciplak, mencetak dan menyebarkan maklumat daripada Internet yang menyalahi undang-undang

negara.

Jelas dinyatakan bahawa tindakan dua pegawai tersebut yang memuat turun video daripada laman sesawang telah termaktub sebagai perkara yang dilarang dalam dasar ICT SPRM dan ianya tidak dipatuhi. Adalah menjadi satu pegangan yakni integrity di dalam diri pegawai tersebut yang sepatutnya mematuhi arahan yang telah dikeluarkan .

Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud ‘code of behavior’. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, pasti isu ini tidak timbul.

Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku, tujuan, dan niat dimana ia perlu dilakukan dengan betul mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang. Ini bergantung kepada diri sendiri, bukan sekadar menjadi baik bila tahu sedang dipantau.


 Jadi jawapan yang diberikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor ketika diberitahu tentang perbuatan anak buahnya sebenarnya adalah relevan dan wajar;

­
Foong:
Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

 

Memang benar ia adalah diluar kawalan Timbalan Pengarah itu. Bagaimana dia mahu mengawal integrity orang bawahannya? Kerana itu bergantung pada diri pegawai tersebut. Mungkin sekiranya dia tahu dia akan menegur, tetapi apakah tindakan memuat naik dan menonton bahan porno pegawai bawahan tersebut akan berhenti disitu?.

Perlu diakui bahawa integriti bukan sahaja setakat pematuhan undang-undang dan arahan semasa tetapi ia turut membabitkan niat, tujuan dan tingkah laku seseorang pegawai itu. Arahan pematuhan pegawai atasan sahaja tidak akan berjaya sekiranya tingkah laku dan niat pegawai adalah sebaliknya.

Menonton Porno dan Moral.

Steven C.Hayes, Professor Bahagian Psikologi University of Nevada dalam artikelnya “Wacthing Porn:The Problem Must Not be Named ada menyatakan bahawa

 

“dalam kehidupan sesetengah orang, melihat pornografi boleh berlaku dalam cara dan pada kuantiti yang mempunyai kos serius-menurut mereka. Seseorang boleh menghabiskan banyak masa melihat porno dimana perkara penting yang lain diketepikan.Mereka ini membiarkan cara itu  menjadi penghalang antara mereka dan pasangan dan boleh merisikokan keselamatan kewangan dengan menonton porno ketika bekerja.

 

“Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa sekitar 17% dari orang yang melihat porno di internet memenuhi kriteria untuk compulsivity seksual. Kuantiti ini adalah 12% daripada lalu lintas di internet. Daripada jumlah ke laman porno ini hampir 90% daripadanya penduduk lelaki  muda (sekitar 30% daripada penduduk wanita muda) melihat pornografi.”- kajian di U.S

Jadi pornografi dan lelaki bukanlah sesuatu perkara yang ganjil. Cuma ia menjadi taboo dalam masyarakat apabila memperkatakan realiti perkara ini. Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu yang beragama Islam.

Perkara ini dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak bermoral, di mana telah disuruh oleh ajaran Islam itu sendiri supaya menjaga penglihatan daripada melihat benda-benda yang tidak elok.

Inilah yang berlaku kepada Mohd Ashraf dan Raymond. Mereka telah membuat kesilapan dengan melanggar peraturan jabatan (yang mana tanpa pengetahuan pihak atasannya ketika itu dengan memuatturun bahan terlarang) dan melakukan sesuatu yang tidak diterima masyarakat sebagai perkara bermoral (iaitu menonton porno).

Walaupun sebenarnya ia adalah perkara normal tetapi taboo untuk diperkatakan atau di iakan secara terang-terangan.Namun perkara yang berlaku selepas itu (kematian TBH) menjadikan ia sebagai sesuatu perbuatan yang dikutuk masyarakat dan dianggap seperti cermin kepada sikap pegawai SPRM.

Hakikatnya, masyarakat juga tidak terlepas daripada menonton bahan lucah sama ada di blog, laman sesawang atau laman sosial. Begitu juga pada bahan penulisan yang secara tidak sedar turut mengandungi unsur pornografi atau lucah. Cuma ia mungkin tidak dianggap salah kerana ia bahan berkaitan politik semasa (di mana ada pihak yang wajib mengambil tahu perkembangan semasa), drama (kerana telah dibuat tapisan dan mendapat kelulusan FINAS untuk kategori Umum), buku (telah ditapis dan tidak melampau).Namun dari segi integirti dan moralnya?

Rumusannya mudah, isu dua pegawai ini sengaja diperbesar dan dipersoal dimahkamah, sengaja dipolemikkan untuk kepentingan sesetengah pihak yang menangguk di air keroh. Mengapa? Untuk memperlihatkan pegawai SPRM tidak bermoral dan bertangungjawab.

Bagaimana? dengan mendedahkan capaian akses yang terdapat dalam memori komputer mereka. Untuk Apa? Mengaitkan mereka dengan kelakuan tidak senonoh yang memungkinkan dakwaan bahawa TBH disoal siasat tanpa prosedur yang wajar dan ditekan. Tetapi? TBH disoal terlebih dahulu sebelum pegawai ini menonton porno. Jadi? Pendedahan ini sebenarnya tidak relevan langsung dengan punca TBH ditemui mati. Ianya disengajakan untuk memperlihatkan masalah sikap pegawai bawahan dan kelemahan pemantauan 24 jam oleh pegawai atasan.

Read phonetically

Marilah kita balik pada persoalan pokok dalam kes ini, persoalan penyelewengan yang berlaku pada pentadbir negeri berkenaan, persoalan projek yang di’alibaba’kan, persoalan tuntutan bagi perkara yang tidak dilaksanakan. Pada masa sama saya yakin SPRM telah ambil langkah sewajarnya pada individu yang terbabit. Bagilah ruang dan peluang pada mereka perbetulkan mana yang patut. Yang penting usaha SPRM memerangi rasuah tetap menjadi prioriti mereka tanpa gagal.

Malay Dilemma,

Selayang,

Selangor