Just another WordPress.com site

SEJENAK BERSAMA BLOGGER BERTARAF OTAI

Pertemuan dengan blogger bertaraf otai yang juga merupakan seorang ahli politik veteran banyak memberi pengajaran. Perbincangan bersemuka sebegini adakala membolehkan kita bertukar-tukar pandangan mengenai apa jua isu semasa termasuk, politik, kepimpinan, agensi kerajaan dan isu rasuah khususnya.

Pengalamannya dipecat keahlian sebanyak dua kali dari parti kerana terlalu vokal  menyuarakan pandangan dengan kritikan sinis dan tajam, bukan halangan untuk beliau terus menerus menegur kepimpinan negara. Menurut seorang teman seperjuangan, otai ini mempunyai nyawa yang panjang dalam politik, ada 7 talian hayat semuanya. Dua dah digunakan, ada lima lagi, Katanya dalam nada bergurau.

Perkara pertama yang disentuh, KSN dan KPPA patut letak jawatan. Hehehe. Panas-panas isu ini. Katanya kedua-dua wajar letak jawatan atas kegagalan kepada pengenalan SBPA baru-baru ini. Pembatalan ini merupakan tamparan hebat kepada KSN khususnya kerana beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan SBPA. Apa yang diperjuangkan dalam SBPA hanyalah kenaikan gaji melampau setaraf korporat bagi pegawai-pegawai tinggi Kerajaan yang setaraf KSN. Kegagalan ini memberikan tamparan yang hebat kepada Kerajaan kerana ia menimbulkan rasa sangsi dan kemarahan golongan pertengahan dan bawahan. Kesannya, PM sendiri terpaksa mengumumkan pembatalan SBPA. Apa yang perlu dipelajari oleh KSN dan KPPA ialah penglibatan semua pihak dalam perbincangan dan pembuatan sesuatu polisi. Jangan dok sedap dan syok sendiri. Kemasukan orang-orang korporat ke dalam perkhidmatan kerajaan belum tentu berupaya mengubah corak dan budaya kerja perkhidmatan awam. Pegawai awam yang bermula dari bawah dan telah berkhidmat puluhan tahun wajar diberikan pendedahan dan pengiktirafan serta peluang. Mereka ini telah berkhidmat bukan setakat makan gaji dan memenuhi tuntutan tugas semata-mata tetapi yang penting ketaatan dan kesetiaan kepada perkhidmatan awam dan Kerajaan. Kenapa semakin ramai pegawai awam semakin terpesong kepada pujukan pembangkang??? Inilah kesan kegagalan dan kelemahan kepimpinan perkhidmatan awam yang ada pada hari ini. Renung-renungkan lah.

Menyentuh bab SPRM, otai ini menegaskan bahawa masyarakat tidak cukup dididik dan didedahkan mengenai kefahaman mengenai cara bagaimana rasuah itu dapat dicegah. Si otai jelaskan bahawa masyarakat tidak diberikan maklumat cara bagaimana mereka boleh mencegah rasuah tanpa kehadiran SPRM. Sebagai contoh, adakah mereka boleh menangkap sendiri orang yang cuba minta atau tawarkan rasuah? Dalam erti kata lain, citizen arrest. Mengambil contoh kes khalwat yang libatkan ostat di kuantan. Katanya si ostat dok mencanang yang beliau tidak ditangkap oleh JAIP dan menjelaskan itu adalah fitnah BN. Hakikatnya, memang dia tidak ditangkap oleh JAIP tetapi ditangkap oleh sekumpulan orang awam termasuk suami pasangannya. Tangkapan ini adalah citizen arrest. So, mengikut undang-undang citizen arrest boleh dibuat dan apabila sipenjenayah ditangkap ianya perlu diserahkan kepada pihak berkuasa dan tangkapan semula dibuat oleh agensi terbabit.

Era ini adalah era psychological war fair. Justeru itu, walau bagus mana SPRM buat, akan ada saja individu tertentu yang bantai. Semuanya untuk tujuan politik. Pembangkang baginya, hidup atau survive atas isu. Oleh itu, setiap hari perlu korek isu untuk pastikan rakyat terus sokong. Kalau tak ada isu, mana nak dapat publisiti.menurut otai tersebut, selagi orang dok heboh bercakap mengenai SPRM, ini bermakna SPRM masih relevan. Keberkesanan SPRM semakin dirasai sebenarnya. Rakyat yakin dan percaya dengan SPRM, sebab itu, semua pergi SPRM untuk buat repot. baik pembangkang mahupun penyokong kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s