Just another WordPress.com site

KEWAJARAN KP SPRM DILANTIK DI BAWAH PERLEMBAGAAN

Blog : Celupor

 

Tertarik dengan kenyataan YAB PM agar jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ada yang setuju dan sebaliknya. Memang biasalah, apa saja perubahan yang diperkenalkan Kerajaan maka ia akan dianggap sebagai negatif dan dah tentu menimbulkan banyak kontroversi.

Termenung sejenak.. apa agaknya yang membuatkan PM boleh terima dan setuju dengan idea ni. Bertanyalah pulak, apa istimewanya jawatan KP SPRM ni. Tidak cukupkah kuasa yang ada pada beliau sehingga nak setaraf Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Ke kiri ke kanan hujahan yang bermain di kepala aku.

Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia, Pelantikan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara memang di bawah Perlembagaan di mana kedua-duanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Wow, very powerfull. 

Berasaskan kepada pertimbangan aku yang cetek bab undang-undang ini, berikut mungkin adalah alasan munasabah kenapa Kerajaan setuju dengan cadangan pelantikan KP SPRM ni:

1. Untuk melihatkan kebebasan SPRM sepenuhnya. Kita lihat tidak siapa yang dapat pengaruhi Peguam Negara (dia nak dakwa atau tidak, terletak di bawah kuasa dia). Begitu juga Ketua Audit Negara (tiap-tiap tahun Laporan Audit yang dibentangkan jelas menunjukkan penyelewengan yang dilakukan oleh Kementerian / Agensi Kerajaan). Siapa pun tak boleh quiry apa yang nak dibentangkannya. Bebas giler. Sehinggakan Kerajaan sendiri tersentak dengan laporan yang menyentuh kelemahan agensi-agensi yang ada. Begitu juga kedudukan dan status Hakim Mahkamah Persekutuan, keputusan mereka langsung tidak boleh dipengaruhi. Inilah kebebasan sebenarnya. Bebas menyuarakan pandangan, bertindak dan laporan yang tidak berat sebelah. Kita faham, sekarang ni KP SPRM dilantik dibawah Akta SPRM oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. tetapi statusnya masih seperti penjawat awam lain yang masih boleh dipecat atau ditamatkan perkhidmatan sewenang-wenangnya.

2. Jika dilantik di bawah Perlembagaan, untuk memecat Peguam Negara atau Ketua Audit Negara, hanya kuasa tribunal sahaja. Tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya. Lihat perkara 105(3) Perlembagaan Malaysia ” Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu melalui Tribunal. Nah, memang sesuailah jika KP SPRM dilantik di bawah Perlembagaan. Selagi masih tertakluk kepada SPA dan JPA, senang-senang aje KP SPRM boleh dipecat atau ditamatkan kontrak. Aku difahamkan bahawa KP yang ada sekarang pun dalam status kontrak iaitu 8 tahun. Lama tu, macam-macam boleh jadi, takut terpijak kaki orang-orang tertentu, silap-silap haribulan pendek kontrak dia. So, aku setuju sangat dengan keberanian dan ketelusan PM untuk melantik KP SPRM di bawah Perlembagaan.

3. Bila KP dilantik oleh Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, maka secara tak langsung status dan martabat suruhanjaya ini tinggilah sikit. Masa tu aku harap, KP SPRM betul-betul bebas. Tak takut untuk belasah sesiapa yang corrupted termasuk BN atau Pembangkang. Apa nak takut, siapa pun  da tentu tak boleh jejas kedudukan dia. Nak suruh turun, kalau tak nak.. diaorang tak leh buat apa. Nak buat tribunal bukan senang. So, aku setuju sangat.

4. Kalau setakat nak letak SPRM bawah Parlimen aku rasa idea tu dah ketinggalan zaman. Siapa yang control Parlimen? Da tentu parti yang memerintah yang control. Lagipun kalau KP tunduk kepada Parlimen, maka KP akan jadi politician dan SPRM akan jadi parti politik. Silap-=silap haribulan, SPRM jadi bola tendangan ahli-ahli Parlimen. Semua yang dibuat nak sedapkan hati ahli-ahli Parlimen. Lagipun Parlimen diletak pengurusannya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Menterinya pulak adalah Menteri BN. Tak ke mengarut.

Kesimpulannya, aku setuju dengan kenyataan PM. Aku salute PM kerana keberanian beliau untuk memperkenalkan idea ini. Itu menunjukkan PM kita betul-betul nak transform dan benar-benar hendak perangi rasuah. Sapa yang sokong usaha memerangi rasuah aku sokong. Ini demi kemakmuran dan keharmonian anak cucu kita. 

Yang betul kita sokong, yang pelik-pelik kita balun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s