Just another WordPress.com site

BALIK-BALIK IKAN JERUNG

Blog : Celupor

Walaupun sejak akhir-akhir ini banyak kes-kes yang melibatkan individu berpangkat besar yang dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah, namun banyak juga bunyi-bunyi yang mengatakan SPRM masih belum efektif. Tak cukup lagi!! Masih banyak ikan-ikan besar yang belum didakwa!! Khir Toyo kena hukuman penjara 12 bulan dan rumah disita. YB Sabak Bernam kena 6 tahun penjara dan didenda lebih RM400,000 (bersalah atas kelapan-lapan pertuduhan). Tu semua sandiwara. Mak ai, sandiwara apa ke jadahnya?? Kita tak berada dalam keadaan Khir Toyo dan YB Dato’ Rahman, kalau kena batang hidung sendiri, baru padan muka rasanya. Ko bayangkan lah betapa risau, takut dan gelabah menanti saat-saat nak menanti bila agaknya nak duduk kat penjara tu. Jatuh hukum memadai untuk memberi pengajaran kepada kedua-dua. Tu tak masuk bab berabis duit turun naik mahkamah. Ditambah lagi kesengsaraan anak-anak yang terpaksa berdepan dengan kawan-kawan dan masyarakat.

Berbalik kepada isu jerung atau ikan besar. Aku tak paham dengan segelintir masyarakat yang asyik gunakan istilah ikan jerung dan ikan besar ni. Buatlah apa sekalipun, SPRM akan dikatakan tidak efektif kerana gagal mengheret ikan-ikan besar ke muka pengadilan. Bila saja keluar berita si polan ni si polan tu disiasat, puak-puak tertentu akan main isu sandiwara, kes tak kemana atau yang lebih teruk terus jatuh hukum yang sipolan tu memang corrupted. PM ada sebut apa tentang “character assassination”. Kalau budaya ini berterusan maka aku rasa negara kita akan lingkup. Sapa yang kita tak suka maka kita keluarkan berkajang-kajang surat tohmahan kat internet. Lepas tu, panggil group-group NGO yang ada motif politik untuk kumpul, print dan bawa ke SPRM. Panggil sekali media. Kata kat media, dia ada dokumen dan bukti-bukti penting untuk menguatkan fitnah yang dilemparkan. Nah, SPRM pulak yang terkangkang kena.

Nak juga aku bagi tahu yang proses siasatan ini adalah untuk mencari kebenaran, bukan kesalahan. Konsep ni kena betul. Kalau kita menyiasat untuk cari salah orang, mampus. benda yang tak ada kita ada-adakan. So, menyiasat adalah untuk cari kebenaran. Macam mana tu? Ya lah, bila orang buat aduan, fitnah atau tohmahan, dalam kepala seorang pegawai penyiasat, dia akan mencari apa-apa bukti yang selalunya dokumen atau keterangan saksi-saksi bagi mengesahkan sesuatu aduan atau tohmahan. Kalau siasat-siasat, dan semua dokumen dan keterangan menunjukkan tohmahan tidak benar dan individu yang ditohmah tak bersalah, maka kebenaran harus ditegakkan. Jangan pulak, dek kerana desakan, SPRM buat kerja tak betul, takut dek desakan politik maka carilah apa-apa kesalahan jugak. Kalau tak kena kes rasuah cari kes lain. Baru naya orang. Sebab tu, SPRM yang aku kenal tak pilih bulu. SPRM buta warna. Biru ke? Merah Ke? Biru cair Ke? atau Hijau sekalipun. Kalau SPRM ikut telunjuk, takkanlah Khir Toyo, YB Rahman, Dato’ Saidin Thamby.. kena yop. Kalau ikut telunjuk baik tangkap jerung-jerung kat Pakatan Rakyat macam Azmin, Nik Aziz, Nik Azli, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng. Apa engko orang ingat diaorang ni bersih ke? Puiiitt. 2 x 5, 5 x 2 je.

Orang dok kecoh-kecoh pasal kes NFC, kenapa SPRM tak charge je Shahrizat? Amenda la dia orang ni. Negara ini ada undang-undang bukan zaman Jesse James. Engko ingat mudah ke nak dakwa orang kat mahkamah. Aku dengar-dengarlah, dalam kes NFC ni ada dua agensi yang menyiasat. Kenapa? Kerana undang-undang yang ada mensyaratkan begitu. Polis menyiasat kes penyelewengan Dana NFC, yang dok beli kondo, beli tanah, dan macam-macam lagi. Yang SPRM lak dok siasat cara macammana loan tu diluluskan. Takut-takut Shahrizat ada dalam meeting semasa loan tu diluluskan kepada suami dia. Masyarakat kena faham, kes NFC ni dua agensi yang siasat. Aku ulang balik, kes NFC Polis dan SPRM, dua-dua menyiasat. Siasat ikut bidang kuasa masing-masing. Kalau kes shahrizat tu, SPRM siasat peranan dan penglibatan dia dalam mesyuarat. Kalau dia tak ada dalam meeting dan dokumen lak menunjukkan dengan jelas dia tak ada peranan langsung, macam mana ko nak dakwa dia yop. Kesian aku nengok SPRM. Satu bab yang aku nengok kelemahan SPRM, diaorang ni memang takde telor untuk bagi tau tak ada kes. Apa yang ko orang takut sangat bagi tahu je la. Tu yang aku cakap, siasatan bukan cari salah tapi cari kebenaran.

Pada aku, SPRM tak perlu peduli dengan kata-kata nista puak-puak yang memang selama ni dok attack SPRM kerana motif politik. Sebenarnya diaorang jeles dengan SPRM. Aku cadang biar SPRM masuk siasat puak-puak ni, baru kita nengok hilang tak telor diaorang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s