Just another WordPress.com site

Pembangkang Amalkan Selective Memory

dipetik daripada : http://celupor.wordpress.com/2012/02/28/pembangkang-amalkan-selective-memory/

Syabas dan tahniah kepada YAB PM kerana berani menyatakan pendirian terhadap usul-usul yang dikemukakan Panel Bebas SPRM. Dalam ucapannya semalam PM telah mengumumkan pendirian terhadap banyak isu-isu yang lebih penting berbanding apa yang dilaporkan media propembangkang.

Antara isu-isu penting yang dipersetujui Kerajaan termasuk memberikan akses penuh Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada mana-mana dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran. Memang Kerajaan BN yang mendahului segala-galanya dalam isu pengisytiharan harta. Tidak seperti negeri pembangkang yang baru setahun jagung memerintah tetapi sudah menunjukkan belang seolah-olah merekalah pejuang integriti kononnya. Sejak memerintah, Kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan tindakan pengisytiharan harta bagi anggota pentadbirannya. Bukan itu, saja malahan lebih dari apa yang dibuat oleh Kerajaan Pembangkang. BN wajibkan isytihar harta isteri dan keluarga terdekat. Harta diisytiharkan secara berkanun (akuan bersumpah lagi). Setiap pemilikan harta baru dan pelupusan harta diisytiharkan kepada Perdana Menteri. Nah, kini Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri diberikan akses penuh kepada dokumen-dokumen tersebut.

Sepatutnya, kerajaan pembangkang wajar ambil iktibar, mencontohi dan memperluaskan dasar pengisytiharan harta kepada semua negeri pimpinannya. Ini tidak!! Dok pandai kritik dan mengutuk je. Adakah Kelantan, Selangor dan Kedah buat sebagaimana BN buat?

PM turut menyentuh mengenai kesediaan Kerajaan pimpinannya untuk memperkenalkan dasar mengenai political funding atau dana politik. Bukankah ini menunjukkan ketelusan, keberanian dan keikhlasan Kerajaan. Kita tahu, tanpa wang sukar untuk parti dan ahli politik berpolitik. “No money no honey” konsep jelas dalam politik hari ini. Takkan nak bermodalkan air liur je bila rakyat datang pohon bantuan; anak nak masuk sekolah, anak nak kahwin, dah berbulan tak bayar api/air dan macam-macam isu serta masalah yang biasa dirujuk rakyat kepada ahli politik. Semua parti politik bergantung pada dana atau sumbangan. Termasuk DAP, PKR waima BN sekalipun. Duit sumbangan ini wajar dimasukkan terus ke dalam akaun parti sebagaimana saranan PM. PM sedar ramai yang kaki kapur, gunakan nama parti untuk kutip dana. Justeru itu, bagi membendung masalah penyalahgunaan nama parti untuk kepentingan peribadi, maka dasar mengenai semua dana atau sumbangan politik dimasukkan ke dalam akaun parti wajar disokong. Timbul kelucuan juga bila, DAP, PKR dan PAS tidak pula menyahut perkara ini. Mungkin terlalu ramai yang kaki kapur dalam parti tersebut atau mungkin juga banyak sumbangan daripada negara atau organisasi musuh Islam yang banyak buat pelaburan kepada Pakatan Haram ni. Takut terbongkar!!

Isu-isu mengenai kebebasan SPRM, jangan politikkan rasuah langsung tidak disentuh oleh media pembangkang. Seharusnya sebagai sebuah media yang bertanggungjawab, mereka perlu memainkan peranan mendidik rakyat khususnya penyokong dan pemimpin politik pembangkang untuk tidak mempolitikkan isu rasuah. Jangan gunakan rasuah sebagai alat untuk jatuhkan seseorang! Jangan memusuhi SPRM! Sebenarnya banyak bukti menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak telus dan tidak ikhlas dalam perjuangan menentang rasuah. Semua tindakan SPRM yang menyentuh penyiasatan ahli-ahlinya akan dipolitikkan, Lihatlah isu penyalahgunaan peruntukan Kerajaan oleh pemimpin-pemimpin di Selangor yang berakhir dengan kematian TBH. Isu TBH digembar-gembur bagi menutup kesalahan jenayah yang dilakukan. Lihat apa jadi pada kes pasir. Selama ini pembangkang banyak melalak untuk ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja. Tapi bila kena batang hidung sendiri, tak perlu, tak payah. Bukankah ini double–standard namanya.

Media pembangkang sengaja memilih angle-angle yang betul-betul boleh mengelirukan rakyat. Kalau diambil kira, PM telah umumkan sebanyak tujuh persetujuan Kerajaan untuk meningkatkan usaha pencegahan rasuah. Namun yang keluar dalam media pembangkang hanyalah berkaitan kenyataan PM untuk meminda perlembagaan bagi pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah jika mendapat mandat 2/3 dalam PRU13. Bukan naik hantu lagi pembangkang bila mendengar perkara tersebut. Mungkin takut pada berbayang sendiri.

Selalunya itulah peranan sebenar kewujudan media pembangkang. Mengelirukan, memutarbelitkan dan selective memory kepada isu-isu yang dia ada kepentingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s