Just another WordPress.com site

Salam Sejahtera Admin,

Salam Sejahtera Admin,

Beberapa hari ini saya kerap mencari isu perkembangan SPRM dan secara tidak sengaja terjumpa blog ini. Jadi saya kira agak bagus jika saya boleh lontarkan komentar disini.

Hanya beberapa hari sahaja lagi inkues berkaitan kematian pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed akan bermula, dan provokasi umum sehingga kini kelihatan terkawal dan tidak keterlaluan walaupun, beberapa akhbar berhaluan kiri sudah mula mengcungkil pendapat-pendapat dari keluarga dan ahli politik untuk mewujudkan suasana permulaan yang ‘panas’.

Kisah kematian kedua saksi SPRM ini tidak begitu menonjol kerana keluarga arwah kelihatan lebih senang bergerak secara professional dan tidak mahu dipengaruhi oleh mana-mana entiti politik. Begitu juga dengan pihak KDRM, yang mana sebagai satu dari entiti kerajaan, ia semestinya tidak boleh keterlaluan menonjol dalam mengeluarkan pendapat-pendapat berbau provokasi dan meletakkan sahaja mahkamah sebagai tempat penghakiman.

Mungkin juga KDRM tidak mahu bercakap banyak kerana ada lagi pegawai yang masih disiasat SPRM.

Siasatan

Kredit seharusnya diberikan kepada PDRM kerana berjaya mengeluarkan satu cadangan yang bernas untuk menyelesaikan isu ini iaitu mewujudkan inkues walaupun tahu cadangan tersebut akan dikecam.

Ini kerana masyarakat melihat PDRM tidak belajar dari kes Teoh Beng Hock dulu, dimana kredibiliti dan cara kerja anggotanya teruk dipersoal di mahkamah. Baik ketika inkues mahupun ketika Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock, kerana mengambil ringan ketika menjalankan siasatan. Masyarakat mahu tahu punca kematian, ini sepatutnya dinyatakan secara terperinci oleh PDRM dalam siasatan yang dijalankan.

Siasatan PDRM yang seolah tidak mahu mendedahkan punca kematian dilihat sebagai percubaan menyelamatkan diri. Sama ada menjaga nama baik agensi kerajaan ataupun bimbang sekiranya ada perubahan pada keputusan akan datang.

Lebih mengejutkan Malaysian Insider turut memaparkan tentang pengakuan keluarga arwah bahawa mereka tidak pernah dimaklumkan oleh pihak polis mengenai siasatan tersebut, dan tidak tahu darimana datangnya idea mewujudkan inkues tersebut. Malah mengikut cerita portal tersebut, pihak keluarga arwah mahukan Suruhanjaya Diraja.

Ini dibalas dengan kenyataan dari pihak JPM, bahawa inkues perlu diteruskan terlebih dahulu.Jadi pada 4 Julai ini inkues dijangka akan bermula.

Sudah bersediakah semua pihak untuk menyelongkar kisah peribadi arwah yang mungkin akan didedahkan? Sudah bersediakan SPRM menjawab isu pegawainya yang lali? Perlu diingat andai terbuka cerita pegawai kastam ini, pasti segala berkaitan pekerjaannya akan terbuka dan semestinya KDRM secara tidak langsung diheret ke kancah ini.

SPRM kala ini mengambil pendekatan selamat, Abu Kassim pula dilihat lebih banyak mendiamkan diri dan cuba mengelak daripada memberi sebarang kenyataan walaupun diasak bertalu-talu. Mungkin juga kerana mereka sudah belajar daripada pengalaman terdahulu. Banyak diam lagi bagus daripada banyak bercakap. Bimbang jika terlepas cakap nanti disalah tafsir.

Deep Throat

Pelik juga, bila blog milik blogger serba tahu RPK baru-baru ini mendedahkan maklumat yang diberi oleh ‘deep throat’ kononnya dari pihak dalaman PDRM dan KDRM mengenai kemungkinan kekecohan yang cuba ditutup oleh pegawai SPRM.

Pada mulanya, memang ia menarik minat pembacaan, tetapi selepas diteliti setiap baris ayat, ianya tidak lebih daripada luahan pendapat semata-mata dan hasil dari cakap-cakap atas angin yang dikutip.

Atau mungkin juga hasil dari maklumat pegawai-pegawai KDRM yang turut disiasat yang tahu perjalanan siasatan membabitkan arwah, samada pernah diberitahu arwah ketika hari-hari terakhirnya, ataupun diberi tahu sendiri oleh saksi-saksi tersebut.

Logiknya, siapa lagi yang berada dan disoal siasat pada masa yang sama dengan arwah selain orang-orang yang ditahan bersekali dengannya.

Begitu juga tiga penama yang disebutkan iaitu Wan Zainal, Eddie dan Maggie, siapa mereka ini? Peniaga? Forwarding agen yang memberi rasuah? Mahkluk perosak kakitangan awam?. Ini boleh percaya ke?

Bagaimana dengan maklumat yang diperoleh daripada deep throat KDRM kononnya, SPRM cuba dapatkan kerjasama mereka yang disiasat (yakni mereka yang masih tidak dapat memberitahu punca duit ribu-ribu dalam akaun mereka).

Sedih, memang sedih, bila pembacaan berada di perenggan ini;

” The MACC I.O.s have since been directed to get the ‘cooperation’ of the Customs officers who have not been able to explain the money in their bank accounts. These Customs officers were told that if they point their fingers at the late Ahmad Sarbani Mohamed, the MACC will ease up on them and will not prosecute them and may even turn them into ‘prosecution witnesses’.”

Perenggan ini menunjukkan bahawa memang diakui pegawai-pegawai kastam yang disiasat akaunnya itu boleh jadi korup (persepsi yang wujud ketika saya membaca post itu).

Mana boleh, akaun sendiri, duit sendiri, tidak tahu punca?, jika berniaga, cakap berniaga, jika simpanan kata simpanan, jika kerja luar cakap saja kerja luar janji ada bukti.

Masyarakat marhein pun boleh berfikir, semua orang punya mata , telinga, mulut dan ada akal boleh berfikir.

Pendapat peribadi saya, bahawa pegawai SPRM tidak bodoh untuk menggali lubang kubur untuk mengebumikan kerjaya mereka sendiri setelah melihat apa yang terjadi akibat kelalaian pegawai mereka di Selangor pada tahun 2009 sehingga tidak sedar TBH mati di bangunan mereka.

Tunggu sajalah berita Inkues nanti.

Penonton

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s