Just another WordPress.com site

RASUAH BOLA SEPAK : SYABAS TINDAKAN PANTAS SPRM

Seminggu dua ini kita sekali lagi dikejutkan dengan isu rasuah bola sepak, isu yang sekian lama menghantui kancah bola sepak negara kita heboh semula dan ternyata cakap-cakap selama ini yang mengatakan kemerosotan kualiti bola sepak negara ini bukan kerana pemain sebaliknya ada sebab lain ternyata benar iaitu sukan bola sepak kita dicalar oleh wujudnya rasuah.

Kita harus berterima kasih kepada SPRM kerana tindakan pantas dan cepat dalam menyiasat kes rasuah bola sepak ini sekaligus telah mengheret individu yang terlibat ke muka pengadilan. Saya percaya ini baru permulaan, dan kini peminat bola sepak meletakkan harapan SPRM untuk membongkar lagi rasuah dalam bola sepak.

Tentunya kita masih ingat lagi akan kehebatan dan kehangatan kancah bola sepak tempatan semasa zaman semi-pro, iaitu sekitar tahun 1980an dan 1990an dengan kehadiran pemain seperti Mokhtar Dahari yang jelas mempunyai . Stadium yang sentiasa penuh dengan penyokong datang untuk memberi sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada pasukan idola dan kesayangan masing-masing.

Namun, hari ini setiap jaringan gol itu mula diragui peminat adakah ia jaringan sebenar atau jaringan palsu yang dibayangi oleh rasuah. Sebelum ini, kepercayaan serta sokongan penyokong ini begitu padu pada pasukan masing-masing namun harapan mereka telah dihancurkan serta dikhianati. Apatah lagi, rasuah ini berlegar pada Piala Presiden yang rata-ratanya diwakili oleh pemain-pemain muda.

Lihat betapa ruginya industri sukan bola sepak negara kita, akibat rasuah, segala perancangan untuk memajukan sukan bolasepak negara kita, baik di peringkat tempatan dan antarabangsa terbantut dan sia-sia sahaja. Kalau begini lah, jangan harap lah pasukan bola sepak negara ke kejohanan Piala Dunia, bahkan ke pintu stadium pun tidak akan termampu.

Tindakan pantas pihak berkuasa seperti pihak Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di dalam membanteras isu mengatur perlawanan dan rasuah bola sepak harus dipuji. Tindakan pantas di dalam membanteras isu ini masih lagi belum terlambat untuk menghalang ’barah’ ini daripada terus merebak di dalam arena sukan bola sepak, dan seterusnya menghancurkan imej dan kredibiliti sukan bola sepak negara.

Ini membuktikan bahawa pihak kerajaan menerusi pihak-pihak berwajib mengambil berat serta memandang serius mengenai isu rasuah dari segenap sudut, termasuklah dari sudut sukan. Ini adalah kerana sukan merupakan salah satu elemen untuk memupuk semangat berpasukan, perpaduan serta kerjasama. Jika rasuah dibiarkan berleluasa, semua elemen ini tidak akan dapat dicapai, semuanya tergadai dek kepentingan diri serta tamak haloba.

Segala usaha di dalam memastikan sukan bola sepak negara terus berada di dalam keadaan yang bersih dan bebas daripada gejala rasuah haruslah diteruskan. SPRM perlu mainkan peranan dan teruskan usaha menyiasat sehingga ke akar umbi. Cari dalang yang sebenar yang terlibat  dengan rasuah dalam industri bole sepak ini.

Jangan biarkan manusia-manusia yang mementingkan diri sendiri serta tamak haloba ini menggadaikan maruah pasukan dan negara demi wang ringgit. Selamatkan arena sukan bola sepak negara kita darpada gejala rasuah. Kami sebagai rakyat akan terus menyokong segala usaha ini.

Football Mania,

Serdang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s