Just another WordPress.com site

Gempar : Pendedahan Kes TBH

Pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mengenai saksi (pegawai SPRM) yang memuat turun dan menonton pornografi selepas menyoal siasat Teoh Beng Hock memang agak mengejutkan.

Apatah lagi ianya membabitkan kelakuan dua individu, kakitangan kerajaan yang berkhidmat dalam pasukan penguatkuasa. Pastinya ia sesuatu yang memeranjatkan apabila dia melakukan perkara yang dianggap tidak bermoral oleh masyarakat itu ketika sedang bekerja.

Lebih mengaibkan lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut diheret ke dalam isu ini bilamana seluruh kredibiliti pegawai dalam agensi ini turut dipersoalkan seolah kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’.

Malah ketika prosiding dimana bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim sebagai saksi, dia sendiri menunjukkan riak terkejut bila Pengerusi Suruhanjaya, James Foong memberitahu bahawa anak buahnya iaitu Penolong Penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009, iaitu pada malam dimana Teoh dikatakan dirakam percakapannya. Perkara yang sama juga turut dilakukan oleh pegawai SPRM bernama Raymond Nion.

Isu buruk ini menyebabkan bukan sahaja dua pegawai dilabel sebagai ‘penggemar porno’ malah pegawai SPRM lain pastinya turut dilabel sebagai tidak beretika.

Turut terkena tempias ialah pegawai penyelia di peringkat pengurusan dimana kredibiliti pegawai atasan SPRM cuba diperlihatkan sebagai tidak ambil tahu dan tidak kisah apa yang dibuat oleh orang bawahan mereka.

Suruhanjaya suatu ketika pernah menyoal Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim ketika di mahkamah:

 

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?


Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

 

Melihat isu ini secara logik dan praktikal dengan meletakkan diri dalam suasana kerja SPRM atau mana-mana organisasi sekalipun, budaya ‘jaga tepi kain orang’ memang sudah tidak diamalkan lagi dalam persekitaran kerja sekarang.

Percaya atau tidak itulah budaya masyarakat hari ini, urusan peribadi orang lain adalah hak mereka. Soal kerja adalah sekitar urusan kerja sahaja, dan inilah juga yang berlaku dalam masyarakat termasuklah SPRM. Mereka hanya berurusan bila membabitkan urusan kerja manakala urusan peribadi pegawai adalah hak masing-masing, jadi tidak menjadi budaya seorang ketua untuk bertanya, “apa yang sedang dibuat pegawai?” kerana arahan sedia ada memang digunapakai dan seharusnya dalam pengetahuan semua pegawai.

Atau, adakah bos bertanya pada anak buah apa yang sedang dibuat setiap lima minit sekali? Beruntunglah jika dapat ketua yang prihatin begitu.

Dalam isu ini, soal integriti pegawai tersebut sebenarnya yang perlu dipersoalkan. Bukan soal latihan cukup ke tidak? atau tahukah bahawa kebajikan saksi yang perlu dipantau setiap saat itu tugas mereka?.

Perlu diingat bahawa soal integriti pegawai adalah sesuatu diluar kawalan pihak pengurusan dan pentadbiran SPRM. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sikap dan peribadi pegawai tersebut.

Isu yang timbul disini ialah Integriti dan moral kedua pegawai tersebut. Walaupun berkhidmat sebagai anggota peguatkuasa dimana mereka sepatutnya terikat untuk mematuhi tatacara kelakuan baik, moral dan integriti yang tinggi namun harus diakui bahawa dalam setandan pisang belum tentu semuanya elok.

Begitulah ibarat pegawai SPRM dalam perkara ini, dalam 2000 pegawai SPRM sekarang belum tentu semuanya patuh pada arahan yang dikeluarkan jabatan.

Telah termaktub dalam Dasar dan Garis Panduan ICT mana-mana jabatan kerajaan yang menyatakan tanggungjawab pegawai dalam melayari Laman Sesawang/ Portal dan Blog. Larangan ini termasuklah dilarang memuat naik bahan-bahan yang dipetik dari media cetak atau media elektronik tanpa kebenaran sumber asal;

Pengguna juga dilarang mengakses laman sesawang / portal, blog dan laman jaringan sosial yang tidak berfaedah dan dilarang mengganggu atau menceroboh laman sesawang / portal dan blog mana-mana jabatan, organisasi atau negara; dan malah mereka juga dilarang memasukkan, menyalin, menciplak, mencetak dan menyebarkan maklumat daripada Internet yang menyalahi undang-undang

negara.

Jelas dinyatakan bahawa tindakan dua pegawai tersebut yang memuat turun video daripada laman sesawang telah termaktub sebagai perkara yang dilarang dalam dasar ICT SPRM dan ianya tidak dipatuhi. Adalah menjadi satu pegangan yakni integrity di dalam diri pegawai tersebut yang sepatutnya mematuhi arahan yang telah dikeluarkan .

Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud ‘code of behavior’. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, pasti isu ini tidak timbul.

Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku, tujuan, dan niat dimana ia perlu dilakukan dengan betul mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang. Ini bergantung kepada diri sendiri, bukan sekadar menjadi baik bila tahu sedang dipantau.


 Jadi jawapan yang diberikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor ketika diberitahu tentang perbuatan anak buahnya sebenarnya adalah relevan dan wajar;

­
Foong:
Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

 

Memang benar ia adalah diluar kawalan Timbalan Pengarah itu. Bagaimana dia mahu mengawal integrity orang bawahannya? Kerana itu bergantung pada diri pegawai tersebut. Mungkin sekiranya dia tahu dia akan menegur, tetapi apakah tindakan memuat naik dan menonton bahan porno pegawai bawahan tersebut akan berhenti disitu?.

Perlu diakui bahawa integriti bukan sahaja setakat pematuhan undang-undang dan arahan semasa tetapi ia turut membabitkan niat, tujuan dan tingkah laku seseorang pegawai itu. Arahan pematuhan pegawai atasan sahaja tidak akan berjaya sekiranya tingkah laku dan niat pegawai adalah sebaliknya.

Menonton Porno dan Moral.

Steven C.Hayes, Professor Bahagian Psikologi University of Nevada dalam artikelnya “Wacthing Porn:The Problem Must Not be Named ada menyatakan bahawa

 

“dalam kehidupan sesetengah orang, melihat pornografi boleh berlaku dalam cara dan pada kuantiti yang mempunyai kos serius-menurut mereka. Seseorang boleh menghabiskan banyak masa melihat porno dimana perkara penting yang lain diketepikan.Mereka ini membiarkan cara itu  menjadi penghalang antara mereka dan pasangan dan boleh merisikokan keselamatan kewangan dengan menonton porno ketika bekerja.

 

“Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa sekitar 17% dari orang yang melihat porno di internet memenuhi kriteria untuk compulsivity seksual. Kuantiti ini adalah 12% daripada lalu lintas di internet. Daripada jumlah ke laman porno ini hampir 90% daripadanya penduduk lelaki  muda (sekitar 30% daripada penduduk wanita muda) melihat pornografi.”- kajian di U.S

Jadi pornografi dan lelaki bukanlah sesuatu perkara yang ganjil. Cuma ia menjadi taboo dalam masyarakat apabila memperkatakan realiti perkara ini. Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu yang beragama Islam.

Perkara ini dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak bermoral, di mana telah disuruh oleh ajaran Islam itu sendiri supaya menjaga penglihatan daripada melihat benda-benda yang tidak elok.

Inilah yang berlaku kepada Mohd Ashraf dan Raymond. Mereka telah membuat kesilapan dengan melanggar peraturan jabatan (yang mana tanpa pengetahuan pihak atasannya ketika itu dengan memuatturun bahan terlarang) dan melakukan sesuatu yang tidak diterima masyarakat sebagai perkara bermoral (iaitu menonton porno).

Walaupun sebenarnya ia adalah perkara normal tetapi taboo untuk diperkatakan atau di iakan secara terang-terangan.Namun perkara yang berlaku selepas itu (kematian TBH) menjadikan ia sebagai sesuatu perbuatan yang dikutuk masyarakat dan dianggap seperti cermin kepada sikap pegawai SPRM.

Hakikatnya, masyarakat juga tidak terlepas daripada menonton bahan lucah sama ada di blog, laman sesawang atau laman sosial. Begitu juga pada bahan penulisan yang secara tidak sedar turut mengandungi unsur pornografi atau lucah. Cuma ia mungkin tidak dianggap salah kerana ia bahan berkaitan politik semasa (di mana ada pihak yang wajib mengambil tahu perkembangan semasa), drama (kerana telah dibuat tapisan dan mendapat kelulusan FINAS untuk kategori Umum), buku (telah ditapis dan tidak melampau).Namun dari segi integirti dan moralnya?

Rumusannya mudah, isu dua pegawai ini sengaja diperbesar dan dipersoal dimahkamah, sengaja dipolemikkan untuk kepentingan sesetengah pihak yang menangguk di air keroh. Mengapa? Untuk memperlihatkan pegawai SPRM tidak bermoral dan bertangungjawab.

Bagaimana? dengan mendedahkan capaian akses yang terdapat dalam memori komputer mereka. Untuk Apa? Mengaitkan mereka dengan kelakuan tidak senonoh yang memungkinkan dakwaan bahawa TBH disoal siasat tanpa prosedur yang wajar dan ditekan. Tetapi? TBH disoal terlebih dahulu sebelum pegawai ini menonton porno. Jadi? Pendedahan ini sebenarnya tidak relevan langsung dengan punca TBH ditemui mati. Ianya disengajakan untuk memperlihatkan masalah sikap pegawai bawahan dan kelemahan pemantauan 24 jam oleh pegawai atasan.

Read phonetically

Marilah kita balik pada persoalan pokok dalam kes ini, persoalan penyelewengan yang berlaku pada pentadbir negeri berkenaan, persoalan projek yang di’alibaba’kan, persoalan tuntutan bagi perkara yang tidak dilaksanakan. Pada masa sama saya yakin SPRM telah ambil langkah sewajarnya pada individu yang terbabit. Bagilah ruang dan peluang pada mereka perbetulkan mana yang patut. Yang penting usaha SPRM memerangi rasuah tetap menjadi prioriti mereka tanpa gagal.

Malay Dilemma,

Selayang,

Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s