Just another WordPress.com site

Suruhanjaya Siasatan Diraja

Usaha yang sedang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan politik mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock wajar ditentang keras.


Inkues yang sepatutnya berakhir beberapa bulan terpaksa mengambil masa yang terlalu lama iaitu menjangkau melebihi tempoh 15 bulan. Dalam tempoh tersebut, kes kematian TBH ini menjadi bahan politik yang disebarluaskan bukan demi mencari keadilan sebaliknya mencari sokongan politik khususnya di kalangan part-parti politik pembangkang. Pelbagai polemik diwujudkan demi menyemai perasaan perkauman dan rasa benci masyarakat cina khususnya kepada Kerajaan dan agensi yang terlibat. Sehinggakan, ahli keluarga TBH turut diseret ke kempen-kempen pilihanraya kecil seperti di Gua Musang bagi menagih simpati pengundi-pengundi di kalangan masyarakat cina.

Keputusan inkues telahpun kita ketahui. Sudah tentunya keputusan yang diumumkan ini tidak akan memberikan kepuasan kepada ahli-ahli politik pembangkang kerana isu ini merupakan isu besar yang boleh dijadikan bahan untuk menagih simpati masyarakat.

Perlu disedari bahawa tujuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bukan untuk mencari punca kematian sebaliknya lebih kepada membuka ruang masyarakat menghentam Kerajaan yang ada. Selagi belum selesai kes TBH ini maka selagi itulah kesempatan dan peluang yang terbuka luas untuk digunakan pembangkang menghentam Kerajaan.

Kita bersimpati dengan keluarga TBH khasnya kedua-dua ibu bapanya. Namun, kita perlu menerima hakikat bahawa kematian TBH juga bukan suatu yang dirancang dan disengajakan. Ajal dan maut ditangan tuhan. Kita juga harus menghormati sistem perundangan kita. Inkues diwujudkan bagi mengenalpasti punca kematian simati dan bukannya proses pendakwaan bagi mencari pihak yang bersalah. Pihak-pihak yang terlibat sepatutnya membantu Koroner dalam siasatan ini untuk mencari jawapan punca kematian TBH bukannya semata-mata untuk mempertahankan tindakan yang tidak betul termasuk yang dilakukan oleh simati.

Inkues yang berpanjangan dan berlarutan sehingga berbelas-belas bulan memperlihatkan ketelusan di mana semua pihak diberikan peluang dan kesempatan untuk menjelaskan punca dan sebab musabab kejadian. Atas faktor ketelusan dan keadilan juga, adakala dilihat inkues ini diseret kepada isu-isu yang lebih berbaur politik sehinggakan ada perkara-perkara yang tiada kena-mengena kes kematian TBH juga dihidangkan untuk menyedapkan hujahan peguam-peguam yang terdiri dari ahli-ahli politik pembangkang.

Laporan hasil bedah siasat oleh pakar-pakar forensik Kerajaan dan pakar daripada London dilihat tidak mampu menyaingi populariti dan kontroversi yang dicetuskan oleh “pakar” dari Thailand.  Populariti dan kontroversi dilihat menjadi keutamaan dalam perkara ini berbanding fakta-fakta saintifik.

Terkini pelbagai usaha yang dibelakangi oleh parti DAP dijalankan kononnya bagi mendapatkan 100,000 tandatangan bagi mendesak Kerajaan menubuhkan Siasatan Diraja. Apa yang akan berlaku seterusnya ialah mainan politik pembangkang sehinggalah cita-cita untuk mengubah Kerajaan yang ada tercapai dalam PRU 13 kelak. Rakyat harus sedar dengan mainan kotor politik pembangkang ini. Selagi kes TBH ini tidak selesai maka selagi itulah, persepsi negatif terhadap usaha Kerajaan memerangi rasuah tidak dapat dilaksanakan secara sempurna. Kita harus bertanya sampai bila perkara ini akan berakhir? Apakah rakyat Malaysia sanggup menggadaikan maruah bangsa dan negara hanya kerana mainan politik kotor pembangkang dalam kes TBH. Berfikirlah sewaras-warasnya dan janganlah terjebak dengan hasutan, semangat kebencian dan perkauman yang sedang disemaikan oleh golongan ini.

 

Versi Bahasa Inggeris

Efforts by those with vested interest to push for a Royal Commission to probe into Teoh Beng Hock’s death should be opposed.

The inquest which is supposed to have ended a few months ago has been dragged to more than 15 months. During that period, Teoh’s death has been politicized and sensationalized not for the sake of seeking justice but to garner political support for the Opposition. Issues were raised to fan racial sentiments and hatred towards the government and the agencies involved. It came to the extend where Teoh’s family were used as by-election campaign fodder in places like Gua Musang to win sympathy votes from Chinese voters.

Now that the inquest’s decision is known, politicians from the Opposition will not gain any satisfaction as this is a hot issue that will gain sympathy from the people.

We need to realize that a Royal Commission is not to find the cause of Teoh’s death but to open the door for the people to criticize the government even more. As long as Teoh’s case continues to drag on, certain quarters will seize the opportunity to bring down the government.

We truly express our sympathies to the Teoh family especially to both of the parents. However, we have to accept the reality that Teoh’s death is not something that was planned. Live and death is in God’s hands. We have to respect the legislative procedures in this country. This inquest was established to identify the cause of death and not a court process to convict the guilty one. Parties involve should instead assist the Coroner in finding the truth behind the cause of Teoh’s death and not indiscriminately defend the wrongdoings of all including those committed by the deceased.

Prolonging the inquest would give opportunists the chance and room to interpret the whole incident. On the basis of transparency, equality and fairness, the inquest sometimes see issues of political nature being dragged to court with matters not pertaining to Teoh’s death being dished out by lawyers from the Opposition parties to spice up their argument.

The forensic report by the government and English expert could not match the popularity of the controversial Thai expert. Popularity and controversy is now the focal point of the whole matter as compared to scientific facts.

Lately, there have been efforts backed by DAP to push the government for a Royal Commission such as the 100,000 signature campaign. What happens next is the Opposition’s political game to overthrow the government in the 13th General Election. The people should realize that the dirty political game the Opposition parties play. As long as Teoh’s case is not laid to rest, the government’s efforts to fight graft cannot be accomplished as negative perception prevails. We should ask ourselves if all these should end? Are Malaysians willing to sacrifice the nations pride for the dirty political games that these people play? Think carefully and do not fall to these instigations, hatred and racism that are perpetuated by this group.

Free Citizen

Kuala Lumpur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s