Just another WordPress.com site

PKR – Parti Kelentong Rakyat

Kekecohan, penipuan dan memanipulasi keputusan pengundian PKR menjelaskan bahawa parti ini berada diambang kehancuran. PKR ini adalah suatu wadah politik yang dicipta DSAI untuk kepentingan kendiri. Penyokong-penyokongnya diperkuda dan diperbodohkan dengan janji-janji manis sebagai balasan menagih sokongan. Sejak dari awal penubuhannya, objektif penubuhannya hanya untuk memperjuangkan cita-cita dan kepentingan penasihatnya iaitu DSAI.

Hairan dan pelik sungguh bila melihatkan mengapa penyokong kuat parti haru biru ini masih percaya dan menyokongnya. Renunglah kembali punca kewujudan PKR iaitu untuk membebaskan DSAI dari hukuman penjara. Kini, perjuangannya pula hanya untuk memenuhi cita-cita gila penasihatnya iaitu menjadi Perdana Menteri.

 

Amat memalukan sungguh bagaimana seorang yang dikatakan mempunyai masalah moral yang kronik atas kesalahan meliwat boleh diangkat menjadi pemimpin yang disanjung. Apakah penyokong-penyokong PKR ini telah buta hati dan tumpul pemikiran mereka untuk menilai erti kepimpinan yang mahu dipilih menerajui negara ini.

 

Tidak sedarkah mereka bagaimana mereka ditipu, dibelit dan ditabur dengan janji-janji yang tidak mungkin tercapai. Memang mudah untuk DSAI menjanjikan apa jua imbuhan kepada penyokong-penyokongnya kerana dia pun tahu yang perjuangan PKR sebenarnya tidak ke mana pun. Ramai dijanjikan jawatan timbalan menteri, menteri dan ada juga termasuk untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, jika beliau menjadi Perdana Menteri. Suatu perkara yang amat mustahil. Janji-janji ini membuatkan penyokong-penyokong yang gila kuasa mula la pasang angan-angan. Hingga ada yang sanggup berkorban hanya kerana angan-angan. Golongan ini wajar disamatarafkan sebagi mat jenin.

 

Sedarlah! wahai penyokong-penyokong PKR. Lihatlah apa yang berlaku hari ini. Ni belum lagi perintah negara, dah kecoh satu dunia tentang haru birunya proses pengundian. Kronisme, pilih kasih, tipu muslihat menjadi tunjang pemilihan. Ni, demokrasi kepala bapak apa? Individu yang kuat menjilat seperti Azmin, Syamsul Iskandar disokong secara terang-terangan. Lihat apa jadi pada Zaid Ibrahim? Kesian sungguh. Bagaimana seorang prominent figure diperbodoh-bodohkan dalam pengundian ini?

 

Rakyat harus sedar tentang perkara ini. Cukuplah pengajaran yang diberikan kepada BN dalam PRU12 yang lalu. Kadang kala kita sebagai pengundi kena juga buat kejutan kepada ahli-ahli politik BN ni. Bukan apa, ada kala bila dah lama sangat perintah, mula lah lupa diri, seolah-olah kuasa dan kedudukan hak dia. Semoga PRU13 ini akan mengembalikan semula kekuatan Kerajaan BN kerana tanpa kestabilan politik dan undi majoriti di dewan, susah untuk dilaksanakan polisi dan sebagainya. Pembangkang perlu tetapi biarlah pembangkang yang berhemah seperti Dr. Tan Seng Giaw. Beliau rasional dalam tindakannya. Tidak macam kebanyakan pemimpin pembangkang yang semuanya tidak betul di kaca mata mereka dan hanya tahu membangkang saja. Sampaikan bila dah jadi Kerajaan pun masih berfikir secara pembangkang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s