Just another WordPress.com site

TAN HOCK CHUAN – TUNGGUL KAYU

Inkues terbaru TBH memperlihatkan bagaimana kepayahan dan keperitan Dato’ Abd. Razak Musa (Peguam Kanan Persekutuan) yang mewakili SPRM dilihat seolah-olah berjuang bersendirian tanpa bantuan atau sokongan mana-mana pihak pun. Beliau dilihat bersungguh-sungguh mencabar kenyataan yang telah dibuat oleh Dr. Pornthip sebelum ini yang menyatakan bahawa TBH telah mati dibunuh.

Ramai yang berpendapat beliau sebenarnya telah berjaya menangkis kenyataan atau hujah Pronthip sebelum ini yang mengeluarkan teori TBH 80 peratus mati dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah Ponrthip sendiri tidak dapat menegakkan teorinya dan sering berdolak-dalik seakan-akan telah diajar bagaimana untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Dato’ Razak.

Melihat kepada kejayaan Dato’ Razak menangkis teori tersebut, golongan-golongan yang berkepentingan politik kini telah menyerang bertubi-tubi peribadi Dato’ Razak. Kesemua ini dilakukan bagi menutup isu sebenar iaitu bagaimana Pornthip sendiri mengakui bahawa teori mengatakan TBH mati dibunuh tidak boleh dipertahankan. Apa yang paling penting adalah kenyataan pakar-pakar tempatan dan pakar UK yang terlebih dahulu menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh TBH adalah selari dengan kematiannya yang dikatakan jatuh dari tempat tinggi.

Peguam-peguam TBH yang juga ahli-ahli politik pembangkang bijak memainkan peranan dan penipuan dengan mengubah pandangan dan persepsi masyarakat menerusi isu-isu sensasi yang lain seperti menyerang peribadi Dato’ Razak. Ini membuktikan bahawa perbicaraan inkues ini sebenarnya telah digunakan sebagai kempen pra-pilihan raya untuk menabur rasa benci rakyat terhadap Kerajaan keseluruhannya.

Rasa simpati terhadap Dato’ Abd. Razak Musa amat menebal kerana beliau kelihatan berseorangan mengharungi herdikan dan cacian sepanjang inkues ini berlangsung. Sangat disesalkan peranan yang dimainkan oleh Peguam yang dilantik Kerajaan iaitu Tan Hock Chuan. Tidak dapat pastikan siapakah Tan Hock Chuan ini dan kenapa beliau dilantik bagi pihak Kerajaan dalam inkues ini. Apakah sebenarnya peranan Tan Hock Chuan? Dari memakan gaji buta lebih baik beliau tarik diri dari mewakili Kerajaan. Dalam inkues terbaru, apabila Dato’ Razak dihentam dalam mahkamah, beliau hanya tersenyum-senyum kambing seolah-olah berpakat dengan barisan peguam yang lain. Di manakah letakkan akauntabiliti beliau sebagai seorang peguam?

Tan Hock Chuan dilihat mengambil sikap berat sebelah iaitu lebih kepada peguam TBH. Beliau lupa yang beliau sebenarnya telah dilantik oleh Kerajaan bukannya keluarga TBH atau Kerajaan Selangor. Sepanjang inkues ini peranan yang dimainkan oleh bangsat bernama Tan Hock Chuan ini amat minima seperti budak pejabat. Diharapkan peguam negara mengkaji semula kedudukan beliau walaupun inkues ini telah sampai ke penghujung.

Kepada Tan Hock Chuan, diharap tidak menerima apa-apa elaun atau gaji sepanjang kes ini berlangsung kerana beliau langsung tidak mainkan apa-apa peranan dan sumbangan pun. Amat bangsatlah beliau jika terus-menerus menerima gaji daripada Kerajaan dengan hanya tersenyum dan tersengih melihat rakan seperjuangan mati bersendirian.

One response

  1. Malaysian

    I downloaded a couple of the videos from AGC website. I fully agreed that Tan Hock Chuan is a useless lawyer. I don’t understand the wisdom behind his appearance for the government. He is being paid for nothing out of the tax payer money.

    I couldn’t agree more. I hope the government in the future will find a real lawyer and not a sitting duck. In one of the proceeding he only spoke a few lines for the few hours sitting! During the break his very talkative as if he own the world! hehe..buang masa saja.

    September 11, 2010 at 9:33 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s