Just another WordPress.com site

GEMPAR! Jahabar Saddiq, Surya Paloh dalang demo anti Malaysia



Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim membuat kenyataan semalam kepada Utusan Malaysia semalam seolah-olah CEO, The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq mempunyai hubungan dengan pemimpin Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).

Katanya, “Saya mendapat tahu Jahabar ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

“Mungkin hubungan itu bersangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia atau Jahabar sekurang-kurangnya boleh menasihatkan Bendera mengenai hal itu jika benar mereka ada kaitan.”

Bekas wartawan New Straits Times ini menjadi Editor di Reuters sebelum diambil Kalimullah dan Brendan Periera untuk menjadi CEO The Malaysian Insider. Dia menafikan ada hubungan dengan Bendera dan mengugut untuk menyaman Zahrain.

Namun dia dilaporkan Free Malaysia Today berkata, “Saya dah berkecimpung dalam media selama 33 tahun dan saya mengenali ramai orang sepanjang saya terbabit dalam bidang tersebut. Saya juga pernah berkhidmat di Indonesia sebagai penerbit kanan untuk Reuters pada 2008-2009.

“Malah saya pernah bertemu dengan beberapa ahli Bendera. Mereka mungkin mempunyai kad saya.”

Difahami bahawa pihak Bendera mengaku mengenal Jahabar dan dia telah menalipon pihak mereka baru-baru ini sebagai wartawan.

Ini suatu percanggahan kerana dia menafikan ada hubungan dalam FMT. Kaitan antara Kalimullah dengan Anwar pun bertambah nyata.

Perhubungan ini dipercayai ada sangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia.

Ajen utama yang sering mengapi-apikan sentimen anti Malaysia ini adalah stesyen-stesyen TV. Tetapi dalam demo anti Malaysia terbaru ini, nampaknya media2 Indonesia agak neutral kerana kegiatan mereka memburuk Malaysia selama ini nampaknya “backfire” ataupun mendapat respon negatif dari rakyat Indonesia sendiri.

Hanya MetroTV yang dimiliki oleh Surya Paloh dan tycoon Cina Singapura masih terus dengan serangan2 negatif yang berunsur fitnah terhadap Malaysia serta menghasut rakyat Indonesia membenci Malaysia.

Surya Paloh ada kaitan rapat dengan Anwar Ibrahim melalui rakan satu Golkar, Yusof Kalla. MetroTV sering memberi liputan kepada Anwar.

Menurut sumber-sumber tertentu, stesyen TV itu tidak akan berterusan mengutuk dan menghina Malaysia tanpa permintaan dari Anwar.

Disamping itu, Surya Paloh mempunyai cita-cita politik untuk menjadi calun Presiden Indonesia. Isu penahanan 3 warga Indonesia oleh Marin Malaysia kerana mencerobohi perairan Malaysia digunakan untuk menekan presiden SBY yang dianggap lembut.

Perkara sebenarnya sungguh berlainan. Secara semena-mena ia berlaku selari selepas intervirew Nurul Izzah di Tempo. Ini hanya memberi petunjuk dan sangkaan akan pengaruh dan koordinasi bersama antara Anwar dengan Surya Paloh.

Penting baca Mingguan Malaysia sini

Posted by The Unspinners

Cerita sebenar penangkaan petugas Indon oleh Marin


Di atas adalah gambar tiga petugas yang DPK Kepulauan Riau Indonesia yang ditangkap oleh Polis Gerakan Marin Malaysia (PGM) kerana mencerobohi perairan negara. Bila sudah dihantar balik dengan selamat ke Indon tanpa kesan lebam-lebam, kamu tukar cerita pula ya. Kononnya pasukan Marin pulak yang menceroboh wilayah Indonesia. Kononnya pasukan Malaysia telah guna gari dan kekerasan.

Ceh…pandai buat cerita macam drama sinetron. Kamu ni terlalu banyak tonton video seks Ariel Peterporn. Sebab tu otak kamu jadi begitu.

Kenapa kamu tidak cerita rakyat Indonesia yang kamu telah ditangkap ketika berada dalam bot nelayan Malaysia dalam keadaan tergesa-gesa sedang bukak baju seragam? Kenapa kamu tak beritahu yang sistem GPS dalam bot nelayan Malaysia telah dirosakkan?

Satu lagi…kenapa kamu tidak tak dedahkan ada satu mesej SMS yang dihantar oleh orang di pihak kamu kepada adik salah seorang nelayan Malaysia yang telah ditahan oleh DPK Indonesia. SMS itu dihantar dari nombor +6281270228267 yang tertulis “Tolong kirim RM1,000 untuk taikong Melayum untuk tiga orang Cina RM2,500, jadi semua RM3,500. Kirim lewat western union atas nama Harun No KTP 2171071708659006, Alamat : Tanjung Piayu sei Beduk, Batam. Ok?”

Jangan pula kamu buat-buat bodoh atau pun memang bodoh cakap yang kamu tidak kenal penghantar SMS tersebut. Walhal, kamu pun ada menyimpan nombor tersebut dalam telefon bimbit kamu bertiga. Lagi mau sorok? Korup !

Sedarlah diri woiii.

Mengaku sajalah jika dah buat salah. Kerana cerita palsu rekaan kamu lah menyebabkan hubungan Indonesia-Malaysia bergolak. Sepatutnya kamu yang meminta maaf. Bukan Malaysia.

Untuk mengetahui insiden sebenar kes penangkapan 3 petugas DKP Indonesia, boleh baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di SINI.

Sumber: Nasionalis 1982

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s