Just another WordPress.com site

GEMPAR! AKHIRNYA KHALID GAGAP AKUI PAKATAN HARAM MEMANG MENGAMALKAN RASUAH!


Nampaknya apa yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang Selangor sebelum ini iaitu berlakunya penyelewengan dalam industri pasir di Selangor kini diakui oleh Khalid Ibrahim. Klik sini

Akhirnya si Khalid yang sebelum ini bermati-matian menafikan wujudnya penyelewengan dan membuat pelbagai tuduhan balas kepada DS Khir Toyo , terpaksa mempelawa SPRM untuk duduk bersama dengan KSSB dalam satu pasukan khas bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di Selangor.

Jika tiada berlaku rasuah dalam KSSB kenapa beliau hendak tubuh pasukan khas.Ini bermakna beliau telah mengakui wujudnya kegiatan rasuah dan mengesahkan apa yang dikata dan dibongkarkan oleh DS Khir Toyo sebelum ini adalah benar. Sekarang Khalid terpaksa telan balik kahak hijau yang dia ludah sebelum ini.

Kita harap mereka ikhlas dalam perkara ini, walaupun bagi kami ada sedikit keraguan. Kami bimbang SPRM dijadikan alat untuk kepentingan mereka.

Kami merasa pelik, kenapa dengan tiba-tiba mereka percaya kepada SPRM. Selama ini mereka tidak percaya kepada SPRM. Pelbagai tuduhan buruk dilemparkan kepada SPRM termasuklah menuduhnya membunuh Teoh Beng Hock.

Selain itu SPRM juga sering dituduh menjadi alat kepada BN dan Umno. Pantang ada orang mereka disiasat SPRM maka mulalah mereka semua melalak-lalak yang bukan-bukan termasuk menghalang SPRM melakukan siasatan.

Khalid sendiri pernah mengeluarkan arahan agar anggota pentadbiran Selangor dilarang disiasat SPRM selepas waktu pejabat. Yakob Safari sendiri pernah menghalang SPRM masuk ke pejabatnya.

Tetapi sekarang nampaknya mereka sudah benar-benar ‘percayakan’ SPRM. Baguslah kalau begitu, cuma kami berharap jika ada apa-apa tindakan yang diambil oleh SPRM selepas ini berhubung dengan kes pasir, jangan pula mereka cuba menghalang, melalak-lalak yang bukan-bukan dan membuat tuduhan-tuduhan jahat kepada SPRM.

Tahniah kepada DS Khir Toyo kerana lebih awal dari Kerajaan Selangor menghidu bau busuk dalam KSSB. Akhirnya Khalid mengakui wujudnya bau busuk tersebut dan terpaksa mencari pewangi untuk mengatasinya.

Sumber: Selangor Daily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s