Just another WordPress.com site

KOH TSU KOON WAJAR CERMIN DIRI

Kenyataan Koh Tsu Koon jelas menampakkan kedongkolan fikiran seorang pemimpin parti politik yang juga seorang menteri kabinet. KTK tidak wajar mempersalahkan agensi-agensi Kerajaan khasnya agensi penguat kuasa kerana tidak mendakwa ikan-ikan besar dan hanya menumpukan kepada ikan-ikan kecil.

Adalah lebih baik jangan disentuh isu-isu sensitif begini dan lebih wajar menumpukan kepada usaha memperbaiki Parti Gerakan yang menjadi anggota BN untuk memenangi semula kepercayaan dan keyakinan rakyat khususnya di Pulau Pinang. Parti Gerakan menjadi parti “sampah” yang sudah tiada nilainya sejak KTK memegang tampuk Presiden. Amat memalukan dan jika KTK mempunyai maruah diri, beliau tidak seharusnya menerima jawatan menteri yang tak berportfolio (satu jawatan atas ihsan). Sungguh menjijikkan.

Kenyataan KTK mengenai ikan besar dan ikan bilis bukan sahaja berbaur hasutan malahan amat mengelirukan. Amat bebal sekali jika seorang yang bergelar menteri seperti KTK yang tidak tahu mengenai sistem perundangan dalam negara ini. Agensi penguatkuasaan hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat sahaja, kuasa pendakwaan terletak di tangan Peguam Negara. Ini menunjukkan bahawa pemimpin seperti KTK ini tidak pernah membaca dan memahami Perlembagaan. Oleh sebab itu, semua tuntutan yang dibuat berhubung isu hak-hak orang Melayu diapi-apikan secara diam-diam di kalangan generasi muda masyarakat Cina. Kerja-kerja jahat ini turut ditabur oleh Parti yang dinaungi oleh KTK.

Buat KTK adalah lebih baik bagi tumpuan kepada PRU13 daripada mengusik isu-isu yang berkaitan kakitangan kerajaan. Perlu diingat, pegawai kerajaan juga adalah pengundi.

Ingatan Ikhlas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s