Just another WordPress.com site

Dr. Porntip Ahli Nujum?

Setelah rakyat Malaysia dikejutkan dengan keterangan Dr. Porntip pada 21.10.2009 dalam inkues kematian Teoh Beng Hock bahawa 80% simati dibunuh dan 20% membunuh diri, tiba-tiba pada 18.8.2010 beliau memberitahu bahawa tujuan beliau berkata begitu semata-mata untuk mendapatkan kebenaran menjalankan bedahsiasat kedua. Kini beliau tidak berani menyebut langsung bahawa TBH dibunuh kerana memang tidak ada sebarang keterangan untuk menyokong andaiannya. Beliau berubah menyatakan simati tidak membunuh diri walaupun beliau bukan ahli ataupun  pakar psiktrik.

Nampaknya saksi yang diupah oleh Kerajaan Negeri Selangor ini hadir untuk membakar semangat kemarahan rakyat sahaja. Kesan keterangannya selama ini terhadap SPRM nampaknya tidak pulih kerana menyedari kesilapan dalam keterangan awal, beliau cuba mempertahankan dengan menyatakan seolah-olah beliau lebih pakar dari 4 orang pakar forensik yang telah memberi keterangan sebelum ini. Adakah rakyat akan terus tertipu? Adakah benar telahan seorang menteri baru-baru ini bila menyatakan saksi tersebut seorang penipu?

Dr. Porntip langsung tidak menyebut kenapa beliau ambil masa lebih 8 bulan untuk hadir menyelesaikan keterangan setelah beliau sendiri memohon bedah siasat semula dijalankan. Beliau langsung tidak menyatakan keselamatannya terancam tetapi sedia hadir apabila berita satu nota terakhir akan dikemukakan. Beliau mengalih pandangan menyatakan simati tidak membunuh diri. Adakah ini percaturan yang dirancang agar beliau hadir memberi keterangan selepas semua pakar untuk beliau membuat komen seolah-olah beliau lebih pakar padahal beliau tidak pernah memberi keterangan di luar dari Thailand.

Setelah ditanya satu per satu apa yang beliau nyatakan pada 21.10,2009, jelas beliau tidak dapat mempertahankan teorinya. Beliau memberi pelbagai dalihan dan mengubah keterangan. Beliau bersetuju seorang saksi pakar perlu bebas dan adil serta tidak memihak mana-mana pihak tetapi enggan mengakui beliau sebenarnya terlepas cakap sebelum ini. Adakah sebenarnya dia pakar forensik, pakar psiktrik, pakar DNA atau hanya ahli nujum?

Nujum Pak Belalang

7 responses

  1. Pingback: Dr. Porntip Ahli Nujum? «

  2. Anon

    Do not try to put words into others’ mouth! God sees everything you do especially in the HOLY MONTH!

    August 23, 2010 at 3:01 pm

    • nordin

      many of them have dark secrets in that … they are indeed much much drifted from Allah. Munafik-lah.

      August 25, 2010 at 5:04 am

  3. u dont bull sh**!!!

    August 23, 2010 at 4:47 pm

  4. Kit

    You are lucky that this does not happen to your love one. Try and put yourself in the victim family shoes.

    The pig are more smarter than you. If you are a muslim, you are a big disgrace.

    Your mouth is full of shit.
    What comes around goes around.

    August 24, 2010 at 3:59 am

  5. CORPSE DO NOT LIE , MAC-COW DOES.WHY DOES ONE CHOOSE TO COMMIT SUICIDE IN THAT PARTICULAR BUILDING??.

    August 26, 2010 at 3:26 pm

  6. Anonymous

    A lot of thing she might not mentioned it’s because she got no chance to explain or to those that goes to the same law school as DRM will never understand what she’s trying to explain.

    Secondly her name is Dr. Pornthip not Porntip. All you useless fellas please get your facts and spelling right before you accuse someone or naming someone with your dirty tactics.

    September 1, 2010 at 5:52 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s