Just another WordPress.com site

TIDAK ADIL HENTAM SPRM DALAM KES MAS

Tindakan beberapa pihak menghentam SPRM kerana tidak menyiasat kes penyelewengan Tan Sri Tajuddin Ramli amatlah disesalkan. Pihak-pihak terbabit seharusnya faham dan mengerti bahawa siasatan yang dimulakan sejak tahun 2002 dan 2004 telah pun dijalankan oleh Polis Di Raja Malaysia.

Kenapa tidak ditanya kepada PDRM akan hasil siasatan mereka dan mengapa pula SPRM dikaitkan dengan siasatan kes ini? Bukankah telah dijelaskan bahawa surat yang dikemukakan oleh SPRM bertarikh 22 Julai 2010 (sebagaimana yang dikeluarkan dalam Blog Malaysia Today) memberi penjelasan secara terang-terangan bahawa siasatan kes ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli dikendalikan oleh Polis.

Kesemua dokumen-dokumen dan keterangan-keterangan berhubung kes telah diperoleh pihak Polis. SPRM tidak boleh mencampuri siasatan yang dijalankan oleh pihak polis. Lagipun telah menjadi amalan antara kedua-dua agensi penguat kuasa ini untuk tidak menyiasat kes yang sama dalam satu masa yang sama. Kalau wujud laporan kes rasuah yang dibuat oleh pengadu kepada Polis, maka Polis akan mengemukakan aduan tersebut untuk tindakan SPRM. Polis tidak akan menyiasat kes yang sama disiasat oleh SPRM. Ini bukan sahaja menyebabkan pembaziran tetapi menyukarkan serta menyulitkan proses penyiasatan yang melibatkan dokumen dan saksi-saksi yang sama. Begitu juga jika terdapat aduan berhubung kes-kes melibatkan penipuan dan pecah amanah sebagaimana kes MAS ini maka SPRM akan menyerahkannya kepada pihak Polis untuk tindakan.

Contoh terbaik hasil kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua agensi ini khususnya dalam bidang penyiasatan adalah berkaitan kes PKFZ di mana sebarang aduan atau maklumat yang diperoleh SPRM yang dapat membantu siasatan kes penipuan dalam PKFZ dikemukakan kepada Polis untuk tujuan siasatan mereka.

Merujuk kepada kes ini, adalah wajar sekiranya laporan yang dibuat oleh MAS rujukan SPRM IPJ ADUAN NO 119/2009 dikemukakan kepada Polis untuk rujukan mereka bagi dibuka semula kertas siasatan atau diteruskan siasatan jika terdapat bukti-bukti serta keterangan baru yang membantu siasatan.

Beberapa perkara cukup disesalkan di mana, YB Sallehudin Ayub selaku Ahli Jawatankuasa Mencegah Rasuah sendiri yang menggunakan media massa untuk menghentam SPRM. Apakah tiada saluran lain yang boleh digunakan oleh YB untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini? Cukup menyedihkan bila berhadapan dengan ahli-ahli politik yang sentiasa kehausan isu-isu untuk dipolitikkan. Untuk makluman YB, dokumen yang YB terima dikemukakan oleh SPRM untuk rujukan 42 ahli panel / jawatankuasa SPRM. Kenapa YB Tan Seng Giaw dan lain-lain YB tidak melatah dan melompat tak tentu arah dalam isu ini? Masih terlalu banyak sebenarnya yang perlu YB pelajari untuk menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan disegani.

Seperkara yang lain di mana SPRM wajar mengambil tindakan ke atas peguam MAS iaitu Tetuan Lee Hishamuddin Allen & Gledhill kerana begitu mudah mengeluarkan surat-surat berkelas dipaparkan untuk tatapan umum. Apakah motif dan tujuan sebenar perilaku peguam-peguam yang menganggap diri mereka profesional ini. Atau adakah ada tangan-tangan yang menghasut dengan niat membalas dendam ke atas SPRM.

Sampai bila harus kita menyemarakkan rasa benci kepada agensi yang diwujudkan untuk membantu kita memerangi rasuah. Sampai bila kita harus melihat pegawai-pegawai SPRM dimaki dan dicerca bertujuan menjatuhkan maruah dan moral mereka. Apakah sekiranya SPRM menjadi lemah, pegawainya tidak lagi bersemangat maka ia suatu kejayaan kepada anda semua? Jika Ya, maka itulah dikatakan sebagai suatu reformasi yang dicanangkan oleh segelintir pakatan pembangkang yang mahu melihat institusi-institusi penting seperti SPRM, Polis, Tentera dan Peguam Negara runtuh agar mudah untuk mereka merampas tampuk pemerintahan negara ini. Akibatnya, yang pasti mangsanya adalah rakyat jelata. Sedarlah wahai orang-orang Melayu!!!

PESARA SPRM.

One response

  1. Pingback: TIDAK ADIL HENTAM SPRM DALAM KES MAS «

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s