Just another WordPress.com site

event

MENGAPA CPI KITA SEMAKIN MERUDUM?

Nilai Indeks Persepsi Rasuah Malaysia yang turun dari tangga 56 ke tangga 60 dengan kekurangan skor sebanyak 0.1 mata memang sudah dijangka sejak awal-awal lagi. Ini bukan suatu perkara yang mengejutkan kerana berdasarkan prestasi dan pelaporan isu rasuah sepanjang tahun 2011 masih menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap rasuah bukan pada yang sepatutnya.

Pengaruh Politik Semasa

Tidak sukar untuk menyatakan bahawa di negara yang mana terdapatnya perubahan politik semasa, yakni sokongan kepada pembangkang semakin meningkat akan mempengaruhi penurunan CPI.

Ambil saja contoh negara jiran, Singapura, walaupun berada pada tangga kelima tahun ini dengan skor sebanyak 9.2, tetapi ia juga mengalami penurunan sebanyak 0.1 mata dan merupakan antara skor terendah negara berkenaan sepanjang tujuh tahun kebelakangan ini.

Perkara yang sama juga berlaku kepada negara jiran Thailand, dimana  dengan perubahan politik sekitar awal tahun ini turut menjadikan isu rasuah sebagai salah satu isu dalam pilihanraya negara berkenaan. Skor Thailand turun daripada 3.5 kepada 3.4 tahun ini.

 

Peranan Ahli Politik

Melihat kepada perkara ini, tidak hairanlah bahawa ahli politik memainkan peranan penting dalam memperkatakan isu rasuah.

Ahli Politik sepatutnya bersama-sama agensi anti rasuah dalam memerangi rasuah dan penyelewengan, tetapi sebaliknya ahli politik di negara ini dilihat lebih gemar mengambil kesempatan dalam menggunakan isu rasuah untuk menjatuhkan pihak lawan.

Tanpa disedari, mereka juga sebenarnya telah turut mempengaruhi  persepsi masyarakat terhadap isu rasuah di negara ini.

Ironinya memang sukar untuk mencari ahli politik yang benar-benar komited memperkatakan isu rasuah di negara ini bukan?, selain menunding jari kepada lawan, dan membuat tohmahan, mereka juga sering dilihat mengambil kesempatan memperbesarkan isu berkaitan agensi anti rasuah tempatan.

Ambil contoh isu Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lihat berapa ramai ahli politik pembangkang yang tampil memohon simpati masyarakat  dengan tujuan memeperlihatkan kegagalan parti pemerintah?

Isu berkenaan diperbesarkan dan ditokok tambah, sedangkan ketika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berlangsung awal tahun ini, tidak kelihatan pula kelibat keluarga TBH mahupun ahli politik yang memperjuangkan kematiannya.

Soal penyelewengan yang disyakki mungkin terdapat dalam pemberian tender oleh kerajaan pembangkang bagi projek-projek kecil kerajaan negeri dan sistem amalan ’ali baba’ yang dikeluarkan dalam perbicaraan Suruhanjata Siasatan Diraja tersebut tidak pula dijadikan isu dan salah satu faktor yang patut diambil kira. Tidakkah ganjil disitu?

Akibat terlalu banyak menggunakan isu rasuah dalam urusan politik, maka masyarakat yang dilihat hari ini adalah masyrakat yang mempunyai persepsi pelbagai terhadap isu rasuah, mengikut fahaman politik yang dipegang mereka.

SPRM pula dijadikan tempat pembuangan tohmahan setiap kesalahan yang cuba diperlihatkan oleh parti-parti politik ini, sedangkan agensi ini juga terikat dengan peruntukan undang-undang dibawah bidang kuasa tertentu sahaja.

Kegagalan Kerajaan Mendidik Masyarakat

Tidak dinafikan, telah banyak usaha yang di buat oleh kerajaan sekarang dalam usaha mengurangkan kadar rasuah dinegara ini. Tetapi sejauh mana ia berkesan, sekiranya semua pihak hanya mengambil kesempatan dan tidak membantu menyokong inisiatif tersebut.

Penubuhan NKRA Rasuah dan SPRM dilihat sebagai satu usaha yang patut diangkat oleh semua pihak dalam usaha membenteras rasuah. Namun ia dilihat tidak kemana kerana usaha ini tidak dapat dirasai dan dilihat oleh masyarakat.

Beban memberi pendidikan pencegahan rasuah dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan rasuah seolah-olah hanya perlu ditanggung oleh dua entiti ini sahaja.

Sebagai contoh, dalam sistem perolehan kerajaan, telah banyak inisiatif dan cadangan yang dikemukakan dua entiti ini bagi menjamin ketelusan dan pengurangan ruang penyelewengan. Tetapi adakah ianya diikuti oleh semua agensi kerajaan? Atau hanya mendengar dan mengangguk semata?

Memang usaha menandatangani ikrar integriti untuk meningkatkan ketelusan dan sistem dan prosedur giat dilakukan, malah, seperti paparan semasa, badan-badan korporat, kelompok perniagaan dan agensi penguatkuasaan juga dilihat mahu bekerjasama dalam perkara ini. Tetapi sejauh manakan tahap keseriusan mereka?, sekadar tandatangan sahaja dengan tiada insiatif susulan atau berharap tindakan susulan daripada pihak SPRM sahaja?

Masyarakat  sendiri tidak dapat melihat dan merasai usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini, kerana mereka lebih mengutamakan diri dan kepentingan sendiri. Dalam erti kata lain masyarakat kita gagal dididik membenci rasuah.

Buktinya setelah lebih setahun Kempen Perangi Pemberi Rasuah (satu inisiatif SPRM) dilaksanakan, masih terdapat sejumlah 316 aduan (sehingga 15 November tahun ini) yang diberikan berkaitan pemberian rasuah.

 

Kebolehterimaan CPI

CPI dikeluarkan sejak tahun 1995 oleh Transparency International (TI), sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Berlin, Jerman.  Indeks ini hanya mengkhususkan kepada isu persepsi tahap rasuah sesebuah negara di mana kedudukan sesebuah negara akan disenaraikan mengikut skor yang diperoleh dan bukannya berdasarkan realiti sebenar tahap rasuah di negara terbabit. CPI dikeluarkan berdasarkan pengumpulan kajian-kajian oleh pelbagai pihak, terutamanya berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas ahli-ahli perniagaan luar negara dengan penekanan diberi kepada elemen rasuah.

Seperti tahun ini, CPI Malaysia dikira berdasarkan 12 kajian antarabangsa yang telah dijalankan oleh NGO lain. Oleh itu, CPI Malaysia hanya dikira berdasarkan 12 kajian ini sahaja, bukan kajian yang dibuat sendiri oleh TI. Jadi ianya boleh dikatakan mengambil kira pandangan orang luar terhadap situasi semasa dan isu rasuah di dalam negara ini.

Sumber-sumber kajian tersebut juga tidak dinyatakan secara terperinci, sampel yang digunakan mahupun metadologi kajian, tidak pernah dinyatakan. Jadi adakah ini benar-benar persepsi rasuah di negara ini atau hanya pendapat asing?

Malaysia negara yang korup?

Penurunan CPI setiap tahun sejak  tahun 2009 menunjukkan Malaysia seolah  negara dimana tahap rasuahnya semakin parah. Sedangkan realitinya tidak sebegitu.

Mungkin kerana, isu ’ikan jerung, ikan bilis’ yang sering diperkatakan menyebabkan masyarakat antarabangsa melihat negara ini kurang komited memerangi jenayah rasuah berskala besar kerana tiada tangkapan melibatkan kes-kes berprofil tinggi.

Walaupun banyak usaha yang telah dilakukan oleh SPRM sejak berdiri sebagai sebuah Suruhanjaya pada 2009, tetapi ia dilihat seolah tidak terkesan dihati masyarakat. Berbuih-buih juga mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dahulu dan yang sekarang menyeru masyarakat memerangi rasuah. Tetapi nampaknya suara mereka tenggelam dek kerana suara ahli politik yang lebih kebal.

Untung juga SPRM dapat membawa beberapa kes berprofil tinggi seperti kes bekas Menteri Besar Selangor , Khir Toyo, Alcaltel dan beberapa kes lain ke mahkamah. Tetapi berapakah peratus kemungkinan untuk mereka ini disabitkan bersalah, jika bukti dan saksi sendiri kurang bekerjasama?.

Selebihnya, SPRM terpaksa membuat inisiatif sendiri dengan melancarkan beberapa operasi-operasi berskala besar seperti Ops Pasir, Ops Balak, Ops 3B dan kes membabitkan pendatang tanpa izin di Pulau Ketam. Tetapi bila operasi ini hanya menangkap mereka yang berada di peringkat bawah sahaja, SPRM dikatakan hanya menangkap ikan bilis sahaja. Sedangkan masyarakat sendiri sedia maklum, rasuah itu seharusnya diperangi dari peringkat akar umbi.

Sebenarnya CPI bukanlah kayu pengukur tahap rasuah di negara ini. Dimana jika dilihat paparan  kes-kes rasuah yang dipertuduh dan jumlah sabitan yang dijatuhkan mahkamah keatas pesalah rasuah, tahap rasuah di Malaysia sebenarnya telah berkurang. Cuma tiada kajian dari pihak dalaman sendiri untuk mengukur tahap persepsi masyarakat dan hanya bergantung kepada laporan antarabangsa semata.

Kewujudan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah juga adalah bukti bahawa usaha pembenterasan rasuah di negara ini semakin baik tetapi sokongan itu yang masih kurang.

HABIS.

ini adalah pandangan aku sendiri sebagai seorang rakyak Malaysia. Kalau korang fikir sebaliknya, be my guest


GANI PATAIL jutawan baru?

 Pada 6 Disember 2010, Gani Patail telah membuat keputusan bersetuju untuk menuduh Khir Toyo dan Shamsuddin. Gani Patail ketika itu, sudah merancang dan dah tahu keputusan ini boleh mendatangkan hasil lumayan. Jumlahnya fikir kemudian tapi jalan sudah jelas.

Pada 6 Jun 2011, tarik balik pertuduhan asal terhadap Shamsuddin. Sapa boleh pertikai keputusan Gani Patail. Undang-undang dalam genggamannya. Artikel 145(3) Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Gani Patail sebagai Pendakwa Negara Agung yang boleh buat apa sahaja keputusan terhadap sebarang kes jenayah. Boleh dakwa, boleh hentikan, boleh gugur atau boleh tarik balik. Gani Patail sudah tahu sangat tiada orang boleh pertikai kuasa ini. Tiada kuasa lain yang boleh tanya atau tegur dia. Gani Patail adalah undang-undang dan undang-undang adalah Gani Patail.

Tak akan buat keputusan tanpa habuan? Kalau beli rumah dan jual selepas 6 bulan agaknya berapa untung? Kalau di kawasan Shah Alam rasanya kalau rumah teres dua tingkat yang dibeli dengan harga RM300,000.00 boleh dapat RM80,000.00 sebagai untung. Tu bisnes lambat untung…loh!

Gani Patail punya bisnes lagi bagus. Kes Siasatan sampai ke tangannya dinilai harga dulu. Bukan Jabatan Penilaian buat anggaran nilai kes tersebut. Tapi konsultan Gani Patail yang buat. Apa formula? Mudah aje…. T = A + S – K. Mudahkan TASK atau cakap orang dibawah bayu TANGGONGJAWAP. T = Target keuntungan, A= Aset tertuduh, S= simpanan tunai tertuduh, K = kesalahan jenayah tertuduh.

Kalau Khir Toyo ada aset bernilai RM90 juta dan simpanan tunai sebanyak RM22 juta. Berapa target Gani Patail? Cara kiranya ialah T=A+S-K . Jadi T=RM90 juta + RM22 juta – RM6.5 juta. Jawapannya T=112 juta – 6.5 juta. Jadi T=RM 105.5 juta. Berapa agaknya konsultan SK bagi pihak Gani Patail cadang? Kalau 4% kiraan melalui mesin kira-kira akan boleh target RM4.22 juta. Komisyen kepada konsultan Gani Patail dari syarikat SK juga 5% iaitu 0.211 juta. Jadi masih boleh dapat tidak kurang dari RM4 juta.

Dalam tempoh 6 bulan boleh dapat RM4 juta sudah bagus punya bisnes lah. Kalau bawa balik ke Sabah boleh beli tanah ladang seluas 1,000 ekar pada kadar RM42,200 setiap ekar. Kalau tanam kelapa sawit boleh dapat pulangan sebanyak RM1400 bagi setiap ekar lepasd tolak kos pekerja dan pengangkutan. Jadi bolehlah dapat raih pendapatan ’halal’ sebanyak RM1,400,000 sebulan. Diam diam boleh tandingi aset dan kekayaan bukan sahaja CM Sabah tapi CM Sarawak. Hebatkan.

SPRM juga bodoh siasat kes-kes ikan jerung bagi Gani Patail buat penilaian untuk kepentingan sendiri. Saya kesian rakan-rakan di SPRM kerja sampai mampus, hilang kawan, kereta kena simbah cat, kena ugut, keluarga selalu kena tinggalkan, harta tak ada tapi orang lain hidup senang. Tapi tak apa kawan-kawan… maruah mesti maintain. Integriti mesti tinggi. Puji tak perlu. Allah jua beri ganjaran. Kalau bukan di dunia mungkin di akhirat. Teruskan perjuangan demi negara dan generasi akan datang.

Salam 1Malaysia.


RASUAH BOLA SEPAK : SYABAS TINDAKAN PANTAS SPRM

Seminggu dua ini kita sekali lagi dikejutkan dengan isu rasuah bola sepak, isu yang sekian lama menghantui kancah bola sepak negara kita heboh semula dan ternyata cakap-cakap selama ini yang mengatakan kemerosotan kualiti bola sepak negara ini bukan kerana pemain sebaliknya ada sebab lain ternyata benar iaitu sukan bola sepak kita dicalar oleh wujudnya rasuah.

Kita harus berterima kasih kepada SPRM kerana tindakan pantas dan cepat dalam menyiasat kes rasuah bola sepak ini sekaligus telah mengheret individu yang terlibat ke muka pengadilan. Saya percaya ini baru permulaan, dan kini peminat bola sepak meletakkan harapan SPRM untuk membongkar lagi rasuah dalam bola sepak.

Tentunya kita masih ingat lagi akan kehebatan dan kehangatan kancah bola sepak tempatan semasa zaman semi-pro, iaitu sekitar tahun 1980an dan 1990an dengan kehadiran pemain seperti Mokhtar Dahari yang jelas mempunyai . Stadium yang sentiasa penuh dengan penyokong datang untuk memberi sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada pasukan idola dan kesayangan masing-masing.

Namun, hari ini setiap jaringan gol itu mula diragui peminat adakah ia jaringan sebenar atau jaringan palsu yang dibayangi oleh rasuah. Sebelum ini, kepercayaan serta sokongan penyokong ini begitu padu pada pasukan masing-masing namun harapan mereka telah dihancurkan serta dikhianati. Apatah lagi, rasuah ini berlegar pada Piala Presiden yang rata-ratanya diwakili oleh pemain-pemain muda.

Lihat betapa ruginya industri sukan bola sepak negara kita, akibat rasuah, segala perancangan untuk memajukan sukan bolasepak negara kita, baik di peringkat tempatan dan antarabangsa terbantut dan sia-sia sahaja. Kalau begini lah, jangan harap lah pasukan bola sepak negara ke kejohanan Piala Dunia, bahkan ke pintu stadium pun tidak akan termampu.

Tindakan pantas pihak berkuasa seperti pihak Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di dalam membanteras isu mengatur perlawanan dan rasuah bola sepak harus dipuji. Tindakan pantas di dalam membanteras isu ini masih lagi belum terlambat untuk menghalang ’barah’ ini daripada terus merebak di dalam arena sukan bola sepak, dan seterusnya menghancurkan imej dan kredibiliti sukan bola sepak negara.

Ini membuktikan bahawa pihak kerajaan menerusi pihak-pihak berwajib mengambil berat serta memandang serius mengenai isu rasuah dari segenap sudut, termasuklah dari sudut sukan. Ini adalah kerana sukan merupakan salah satu elemen untuk memupuk semangat berpasukan, perpaduan serta kerjasama. Jika rasuah dibiarkan berleluasa, semua elemen ini tidak akan dapat dicapai, semuanya tergadai dek kepentingan diri serta tamak haloba.

Segala usaha di dalam memastikan sukan bola sepak negara terus berada di dalam keadaan yang bersih dan bebas daripada gejala rasuah haruslah diteruskan. SPRM perlu mainkan peranan dan teruskan usaha menyiasat sehingga ke akar umbi. Cari dalang yang sebenar yang terlibat  dengan rasuah dalam industri bole sepak ini.

Jangan biarkan manusia-manusia yang mementingkan diri sendiri serta tamak haloba ini menggadaikan maruah pasukan dan negara demi wang ringgit. Selamatkan arena sukan bola sepak negara kita darpada gejala rasuah. Kami sebagai rakyat akan terus menyokong segala usaha ini.

Football Mania,

Serdang.


Gempar : Pendedahan Kes TBH

Pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mengenai saksi (pegawai SPRM) yang memuat turun dan menonton pornografi selepas menyoal siasat Teoh Beng Hock memang agak mengejutkan.

Apatah lagi ianya membabitkan kelakuan dua individu, kakitangan kerajaan yang berkhidmat dalam pasukan penguatkuasa. Pastinya ia sesuatu yang memeranjatkan apabila dia melakukan perkara yang dianggap tidak bermoral oleh masyarakat itu ketika sedang bekerja.

Lebih mengaibkan lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut diheret ke dalam isu ini bilamana seluruh kredibiliti pegawai dalam agensi ini turut dipersoalkan seolah kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’.

Malah ketika prosiding dimana bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim sebagai saksi, dia sendiri menunjukkan riak terkejut bila Pengerusi Suruhanjaya, James Foong memberitahu bahawa anak buahnya iaitu Penolong Penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009, iaitu pada malam dimana Teoh dikatakan dirakam percakapannya. Perkara yang sama juga turut dilakukan oleh pegawai SPRM bernama Raymond Nion.

Isu buruk ini menyebabkan bukan sahaja dua pegawai dilabel sebagai ‘penggemar porno’ malah pegawai SPRM lain pastinya turut dilabel sebagai tidak beretika.

Turut terkena tempias ialah pegawai penyelia di peringkat pengurusan dimana kredibiliti pegawai atasan SPRM cuba diperlihatkan sebagai tidak ambil tahu dan tidak kisah apa yang dibuat oleh orang bawahan mereka.

Suruhanjaya suatu ketika pernah menyoal Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim ketika di mahkamah:

 

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?


Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

 

Melihat isu ini secara logik dan praktikal dengan meletakkan diri dalam suasana kerja SPRM atau mana-mana organisasi sekalipun, budaya ‘jaga tepi kain orang’ memang sudah tidak diamalkan lagi dalam persekitaran kerja sekarang.

Percaya atau tidak itulah budaya masyarakat hari ini, urusan peribadi orang lain adalah hak mereka. Soal kerja adalah sekitar urusan kerja sahaja, dan inilah juga yang berlaku dalam masyarakat termasuklah SPRM. Mereka hanya berurusan bila membabitkan urusan kerja manakala urusan peribadi pegawai adalah hak masing-masing, jadi tidak menjadi budaya seorang ketua untuk bertanya, “apa yang sedang dibuat pegawai?” kerana arahan sedia ada memang digunapakai dan seharusnya dalam pengetahuan semua pegawai.

Atau, adakah bos bertanya pada anak buah apa yang sedang dibuat setiap lima minit sekali? Beruntunglah jika dapat ketua yang prihatin begitu.

Dalam isu ini, soal integriti pegawai tersebut sebenarnya yang perlu dipersoalkan. Bukan soal latihan cukup ke tidak? atau tahukah bahawa kebajikan saksi yang perlu dipantau setiap saat itu tugas mereka?.

Perlu diingat bahawa soal integriti pegawai adalah sesuatu diluar kawalan pihak pengurusan dan pentadbiran SPRM. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sikap dan peribadi pegawai tersebut.

Isu yang timbul disini ialah Integriti dan moral kedua pegawai tersebut. Walaupun berkhidmat sebagai anggota peguatkuasa dimana mereka sepatutnya terikat untuk mematuhi tatacara kelakuan baik, moral dan integriti yang tinggi namun harus diakui bahawa dalam setandan pisang belum tentu semuanya elok.

Begitulah ibarat pegawai SPRM dalam perkara ini, dalam 2000 pegawai SPRM sekarang belum tentu semuanya patuh pada arahan yang dikeluarkan jabatan.

Telah termaktub dalam Dasar dan Garis Panduan ICT mana-mana jabatan kerajaan yang menyatakan tanggungjawab pegawai dalam melayari Laman Sesawang/ Portal dan Blog. Larangan ini termasuklah dilarang memuat naik bahan-bahan yang dipetik dari media cetak atau media elektronik tanpa kebenaran sumber asal;

Pengguna juga dilarang mengakses laman sesawang / portal, blog dan laman jaringan sosial yang tidak berfaedah dan dilarang mengganggu atau menceroboh laman sesawang / portal dan blog mana-mana jabatan, organisasi atau negara; dan malah mereka juga dilarang memasukkan, menyalin, menciplak, mencetak dan menyebarkan maklumat daripada Internet yang menyalahi undang-undang

negara.

Jelas dinyatakan bahawa tindakan dua pegawai tersebut yang memuat turun video daripada laman sesawang telah termaktub sebagai perkara yang dilarang dalam dasar ICT SPRM dan ianya tidak dipatuhi. Adalah menjadi satu pegangan yakni integrity di dalam diri pegawai tersebut yang sepatutnya mematuhi arahan yang telah dikeluarkan .

Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud ‘code of behavior’. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, pasti isu ini tidak timbul.

Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku, tujuan, dan niat dimana ia perlu dilakukan dengan betul mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang. Ini bergantung kepada diri sendiri, bukan sekadar menjadi baik bila tahu sedang dipantau.


 Jadi jawapan yang diberikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor ketika diberitahu tentang perbuatan anak buahnya sebenarnya adalah relevan dan wajar;

­
Foong:
Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

 

Memang benar ia adalah diluar kawalan Timbalan Pengarah itu. Bagaimana dia mahu mengawal integrity orang bawahannya? Kerana itu bergantung pada diri pegawai tersebut. Mungkin sekiranya dia tahu dia akan menegur, tetapi apakah tindakan memuat naik dan menonton bahan porno pegawai bawahan tersebut akan berhenti disitu?.

Perlu diakui bahawa integriti bukan sahaja setakat pematuhan undang-undang dan arahan semasa tetapi ia turut membabitkan niat, tujuan dan tingkah laku seseorang pegawai itu. Arahan pematuhan pegawai atasan sahaja tidak akan berjaya sekiranya tingkah laku dan niat pegawai adalah sebaliknya.

Menonton Porno dan Moral.

Steven C.Hayes, Professor Bahagian Psikologi University of Nevada dalam artikelnya “Wacthing Porn:The Problem Must Not be Named ada menyatakan bahawa

 

“dalam kehidupan sesetengah orang, melihat pornografi boleh berlaku dalam cara dan pada kuantiti yang mempunyai kos serius-menurut mereka. Seseorang boleh menghabiskan banyak masa melihat porno dimana perkara penting yang lain diketepikan.Mereka ini membiarkan cara itu  menjadi penghalang antara mereka dan pasangan dan boleh merisikokan keselamatan kewangan dengan menonton porno ketika bekerja.

 

“Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa sekitar 17% dari orang yang melihat porno di internet memenuhi kriteria untuk compulsivity seksual. Kuantiti ini adalah 12% daripada lalu lintas di internet. Daripada jumlah ke laman porno ini hampir 90% daripadanya penduduk lelaki  muda (sekitar 30% daripada penduduk wanita muda) melihat pornografi.”- kajian di U.S

Jadi pornografi dan lelaki bukanlah sesuatu perkara yang ganjil. Cuma ia menjadi taboo dalam masyarakat apabila memperkatakan realiti perkara ini. Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu yang beragama Islam.

Perkara ini dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak bermoral, di mana telah disuruh oleh ajaran Islam itu sendiri supaya menjaga penglihatan daripada melihat benda-benda yang tidak elok.

Inilah yang berlaku kepada Mohd Ashraf dan Raymond. Mereka telah membuat kesilapan dengan melanggar peraturan jabatan (yang mana tanpa pengetahuan pihak atasannya ketika itu dengan memuatturun bahan terlarang) dan melakukan sesuatu yang tidak diterima masyarakat sebagai perkara bermoral (iaitu menonton porno).

Walaupun sebenarnya ia adalah perkara normal tetapi taboo untuk diperkatakan atau di iakan secara terang-terangan.Namun perkara yang berlaku selepas itu (kematian TBH) menjadikan ia sebagai sesuatu perbuatan yang dikutuk masyarakat dan dianggap seperti cermin kepada sikap pegawai SPRM.

Hakikatnya, masyarakat juga tidak terlepas daripada menonton bahan lucah sama ada di blog, laman sesawang atau laman sosial. Begitu juga pada bahan penulisan yang secara tidak sedar turut mengandungi unsur pornografi atau lucah. Cuma ia mungkin tidak dianggap salah kerana ia bahan berkaitan politik semasa (di mana ada pihak yang wajib mengambil tahu perkembangan semasa), drama (kerana telah dibuat tapisan dan mendapat kelulusan FINAS untuk kategori Umum), buku (telah ditapis dan tidak melampau).Namun dari segi integirti dan moralnya?

Rumusannya mudah, isu dua pegawai ini sengaja diperbesar dan dipersoal dimahkamah, sengaja dipolemikkan untuk kepentingan sesetengah pihak yang menangguk di air keroh. Mengapa? Untuk memperlihatkan pegawai SPRM tidak bermoral dan bertangungjawab.

Bagaimana? dengan mendedahkan capaian akses yang terdapat dalam memori komputer mereka. Untuk Apa? Mengaitkan mereka dengan kelakuan tidak senonoh yang memungkinkan dakwaan bahawa TBH disoal siasat tanpa prosedur yang wajar dan ditekan. Tetapi? TBH disoal terlebih dahulu sebelum pegawai ini menonton porno. Jadi? Pendedahan ini sebenarnya tidak relevan langsung dengan punca TBH ditemui mati. Ianya disengajakan untuk memperlihatkan masalah sikap pegawai bawahan dan kelemahan pemantauan 24 jam oleh pegawai atasan.

Read phonetically

Marilah kita balik pada persoalan pokok dalam kes ini, persoalan penyelewengan yang berlaku pada pentadbir negeri berkenaan, persoalan projek yang di’alibaba’kan, persoalan tuntutan bagi perkara yang tidak dilaksanakan. Pada masa sama saya yakin SPRM telah ambil langkah sewajarnya pada individu yang terbabit. Bagilah ruang dan peluang pada mereka perbetulkan mana yang patut. Yang penting usaha SPRM memerangi rasuah tetap menjadi prioriti mereka tanpa gagal.

Malay Dilemma,

Selayang,

Selangor


CORRUPTION INVESTIGATION: It’s easy said than done.

Many are interested to see the MACC reveal the progress of ongoing investigations. Everyone wanted the MACC to be transparent as though the Commission is duty bound to the public as their stakeholders. The public must understand that, just being a tax payer does not make you as a master and the authorities are answerable to you.

The Commission by virtue of section 29(4) of the MACC Act 2009 is legally responsible to keep secret and shall not disclose the investigations to anyone except to the Public Prosecutor and officers of the Commission. However, the disclosure may be made with the consent of the Public Prosecutor or an officer of the Commission of the rank of Commissioner and above. The reasoning that the case is of a public interest does not make it legitimate for the MACC to disclose the facts of the investigation until and unless the accused person is charged in court.

The MACC must never be a mechanism to put the accused person on media trial. It must not associate itself to defame a person under investigation. The Commission must act responsibly to safe guard the dignity of not only the person it is investigating but his family and the community where he belongs.

However, the MACC has a panel representing the public to answer to. It is the Operation Review Panel which was established administratively to oversee that the Commission do perform its operational functions effectively. There are a number of times the Panel had after scrutinizing the operational functions of the MACC had made public the details of many investigations. I think it is more than what the public ought to know. The establishment of MACC is to enforce the law on corruption and not to put the person under investigation and his family on media or public trial.

Many especially certain bloggers had demanded the MACC to reveal its investigation especially on high profile cases. One of the case the quarters are interested is the ongoing investigation against the Sarawak Chief Minister, Tan Sri Pehin Abdul Taib Mahmud.  Lim Kit Siang in his blog-spot had asked the CM to take leave until the completion of MACC’s investigation. However, it is the prerogative of the CM himself to do that as there is no provision of the law to force him to so do. The principle that ‘a person is innocent till proven guilty’ shall apply to all. If you ask Taib to take leave, you should also have done so to Khalid and Lim Guan Eng when they were under the same predicament.

I have the opportunity to associate with the Commission on a number of occasions and have many times attended their round table discussions. I could understand the difficulty the officers face in bring a corrupt to trial. What offence could a person be charged for having millions of ringgit? If he is said to be corrupt, where is the evidence? Where is the witness? Who gave the so called corrupt payments? Is the person who gave the millions willing to come forward to testify? If there is a single person who gave the gratification and willing to stand in as a witness then I am sure the MACC have a case to prefer against the culprit. Even such the AG may refuse to issue consent to prosecute for a simple reason that the evidence is not strong. Otherwise, the MACC has no other lead but to swallow all accusations that it is ineffective, a tool to the ruling government, prefer selective investigation and the worse it has no ‘teeth’ to chew the flesh of high profile personalities especially within the government circle.

An individual who have in possession millions of ringgit could be charged for corruption if only there is proof to so do. The provisions of the MACC Act stipulates that a person commits an offence if corruptly solicits or receives or agrees to receive for himself or any other person any gratification as an inducement to or a reward for, any person doing or forbearing to do anything in respect of any matter or transaction, actual or proposed or likely to take place. The MACC has to prove there were such an act and there is such a receipt of gratification. Unless it has, the allegation is merely an allegation or a perception. It remains so forever.

The other provision of the Act that could be used is section 23 – offence of using office or position for gratification. In the case of many politicians who hold public office, this is the best provision that could be used when they or their family members had accumulated properties like timber concessions, contracts or even land alienations. However, it must be proven that the politician holding such position had played active role or attended the decision making. If he declares his interest in the matter and leaves the decision making process then there is none so ever provision to accuse him for abuse of power. This is the shortcoming of our law. Even if the man in power declares his interest and leaves, the committee proceeds to make decision to award such contract, timber concessions or land to the person’s siblings or even to his firm. This makes the politician or persons holding public post to accumulate huge properties through their family members without committing any offence. There shall be a provision of law that no member of the family of the person holding public position could apply for such contracts, alienation and award. If such provision is approved in our law then there may have opportunity to control politicians especially from being filthy rich. Any politicians dare to vote for a likely provision?

MACC shall verify all allegations on bribery and unveil all evidence prior to prefer charges only when there is sufficient evidence and witnesses. MACC shall not circumvent to the demand of the small group of the so called activist.

MACC being an enforcement entity is legally bound to uphold the law without fear or favor. I suppose that the MACC had done that thus far. The MACC shall never be unmotivated for all the accusations by some unscrupulous individual who tried to capitalize some political mileage by lamenting at a government agency like MACC.

***END***

Syeikhs

Nilai, Negeri Sembilan

12 June 2011.


RCI: Opposition Propaganda Denies Justice

The Royal Commission of Inquiry (RCI) on the death of political aide Teoh Beng Hock started of on Monday with a barrage of baseless but politically charged arguments from the counsels.
Opposition heavyweights Karpal and Gobind Singh dominated the whole inquiry with their unrelenting prejudiced and bias remarks that insult the intelligence of the highly experienced bench.
The father and son team waged a bitter war against their learned counterparts who are summoned out of the Attorney-General Chambers (AGC) to render nation service by assisting the Inquiry Commissioners in their legal capacity as qualified legal experts.
However, Karpal and Gobind does not realise that they are DAP politicians too. It seems that they are trying to generate as much attention as possible by casting doubt on the credibility of the ‘conducting officers’ who are neutral citizens assisting the Commissioners of Inquiry without subscribing to any personal agenda or political beliefs.
Although the duo alleged that the conducting officers are partial to the government, both failed to note that they are politicians with a political agenda too.
Karpal is DAP chairman and Bukit Gelugor parliamentarian while his son Gobind, a rising star in the party, is the Puchong member of parliament.
Their presence in court surely cast much doubt on their role as sympathetic counsels representing the family of the deceased.
The unfairness of this has certainly rubbed on members of the public who are watching the inquiry via live telecast outside Civil Court 3.
Are they trying to confuse the public by discrediting the conducting officers’ reputation to sow the seeds of distrust to shore up support for their political party and beliefs?
Both also insisted that controversial forensic pathologist Dr Pornthip Rojanasunand to be among those to testify in the inquiry.
Dr Pornthip’s questionable academic credentials should be given due consideration as she may not be qualified to give a professional’s view on the serious matter at hand.
The Thai pathologist is also prone to making contradictory claims, as evident during the inquest.
During the inquiry, Karpal Singh’s untimely mention of other inappropriate issues such as Anwar Ibrahim’s sodomy trial as well as the V.K. Lingam scandal raised the ire of the Commission Chairman Tan Sri James Foong Cheng Yuen who had to patiently reason with the politician cum lawyer.

SIASATAN SURUHANJAYA DIRAJA TBH : POLITIK vs KEBENARAN

Memang dapat dijangkakan bahawa kes kematian Teoh Beng Hock (TBH) ini merupakan bahan politik yang cukup penting untuk digunakan oleh DAP bagi menyerang kredibiliti Kerajaan. Pelbagai cara dan helah digunakan oleh golongan ini untuk memastikan bahawa kes ini akan sentiasa berterusan dan menjadi bualan masyarakat.

 

Setelah hampir 18 bulan berlalu, dirasakan momentum sokongan dan simpati rakyat secara keseluruhannya terhadap isu yang dibawa pembangkang ini semakin menurun. Namun dek kebijaksanaan strategi Perhubungan Awam yang digunakan maka isu ini ada turun naiknya. Ada sahaja isu-isu yang tiada berkaitan langsung dengan kes kematian TBH di gembar gemburkan bertujuan untuk menaikkan rasa benci masyarakat terhadap pihak berkuasa dan Kerajaan. Sampai bila agaknya isu ini akan selesai. Memandangkan pilihan raya umum dijangka semakin dekat maka kecenderungan untuk melengah-lengahkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini sengaja dibuat dengan tujuan meraih simpati politik.

 

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSDR) bagi menyiasat kes kematian TBH ini jelas dengan terma rujukan dan tempohnya. Dua terma rujukan yang ditetapkan adalah untuk (1) meneliti aspek pematuhan sistem dan prosedur yang diamalkan oleh SPRM dalam proses penyiasatan dan (2) untuk mengenal pasti punca kematian TBH. SSDR ini diberikan tempoh masa selama 3 bulan dan dijangkakan SSDR akan mengemukakan laporan penuh kepada Yang Dipertuan Agong selewat-lewatnya pada 25 April 2011.

 

Manipulasi DAP ke atas kes TBH

 

Di pusingan pertama ini, pihak pembangkang khususnya DAP dengan strategi-strategi politiknya telah berjaya dari segi:

 

i.              Mendesak kerajaan menubuhkan SSDR. Memang inilah matlamat mereka agar SSDR ini dapat di manipulasi sepenuhnya sebagaimana SSDR berkaitan kes VK Lingam. Percayalah SSDR ini akan dijadikan pentas politik DAP sebagaimana yang berlaku dalam inkues TBH dan SSDR kes VK Lingam. Akibatnya, mereka berjaya melemahkan imej dan kredibiliti Sistem Kehakiman Negara ini baik dalam mahupun luar negara. Isu ini menjadi bahan politik yang dijaja di semua peringkat.

 

ii.            Memasukkan siasatan ke atas punca kematian TBH sebagai Terma Rujukan (TOR). Bukankah proses inkues ke atas TBH masih belum muktamad? Pihak Peguam Negara telah pun memutuskan untuk mengemukakan semakan ke atas keputusan inkues yang lalu di peringkat yang lebih tinggi. Kenapa tidak ditunggu sahaja keputusan tersebut? Apa akan berlaku sekiranya di mahkamah tinggi nanti, keputusannya ialah membunuh diri? Sudah tentu, pihak DAP akan mengemukakan rayuan semakan, bukan begitu? Terasa janggal bilamana Peguam Negara pula yang telah memfailkan semakan semula keputusan inkues tersebut. Bukankah pihak peguam keluarga dan konco-konconya beria-ia di peringkat awal untuk memfailkan semakan tersebut kerana kononnya tidak berpuas hati, tetapi senyap selepas itu?

 

iii.           Menggunakan sepenuh keluarga TBH termasuk kakak, ibu dan ayahnya sebagai aktor-aktor dalam drama ini. Terbaru di mana kaum keluarga TBH dikatakan ingin berjumpa dengan Ahli-ahli SSDR. Apakah tujuan pertemuan dan perjumpaan ini? Adakah untuk meraih simpati dan bertujuan mempengaruhi keputusan SSDR? Taktik dan strategi kotor peguam-peguam yang berkenaan wajar diambil perhatian dan dihentikan segera. Dilihat bahawa kes ini semakin dipolitikkan sehingga membelakangkan aspek undang-undang dan keadilan kepada semua pihak termasuk keadilan kepada pegawai-pegawai SPRM.

 

iv.           Strategi melengahlengahkan SSDR hingga ke PRU 13. Tindakan peguam-peguam bagi keluarga TBH cuba melengah-lengahkan SSDR ini wajar dihentikan. Pelbagai alasan cuba diberikan termasuk jadual perbicaraan yang ketat dan sebagainya. Sekiranya ahli-ahli SSDR tunduk kepada permintaan peguam-peguam ini maka terbuktilah bahawa SSDR juga tidak melaksanakan tanggungjawabnya secara adil. Tarikh 90 hari atau 3 bulan dirasakan mencukupi dan tidak perlu lagi dipanjangkan. Semakin lama ia berjalan maka semakin besarlah political mileage yang bakal diperoleh golongan peguam politik ini.

 

Di mana pula keadilan buat SPRM?

 

Sejak dari awal kewujudan inkues dan SSDR, SPRM dilihat dihentam bertubi-tubi dan dibiarkan bersendirian dalam hal ini. Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang hanya melaksanakan tugas, pegawai-pegawainya juga merupakan manusia yang mempunyai perasaan dan maruah diri.

 

Siapa pula yang memperjuangkan keadilan bagi pihak SPRM? Dalam hal memerangi rasuah ini, memang benar bahawa tiada istilah kawan buat SPRM. Semua pihak mempunyai kepentingan dan keuntungan politik sendiri. Tiada istilah keadilan buat SPRM.  Tiada siapa yang berjuang mempertahankan institusi ini. Yang diserang dan dipersalahkan adalah agensi yang memerangi rasuah. Perasuah dilindungi dan disanjung. Kesalahan ditutup dan dialihkan pandangan masyarakat apabila isu rasuah dipolitikkan.

 

Tindakan SPRM digambarkan sebagai konspirasi, berat sebelah dan atas arahan pihak-pihak tertentu. Institusi ini dimalukan, dicemuh dan dipersendakan bertujuan melemahkan semangat warga kerjanya. Kejayaan dan tindakan keras yang dibuat SPRM dianggap sebagai sandiwara dan tidak berkesan. SPRM ditelanjangkan dalam forum-forum perundangan seperti inkues dan SSDR.

 

Banyak perkara-perkara penting tidak diketengahkan (highlight) dalam proses inkues kerana dihalang oleh peguam-peguam yang berkaitan dan sikap berat sebelah yang ditunjukkan oleh koroner. Tambahan pula peguam yang dilantik mewakili Kerajaan lebih bersikap rasis dan pro kepada keluarga TBH. Proses inkues bukan sahaja gagal memperlihatkan keputusan yang jelas malah gagal serta membuang masa dan wang ringgit rakyat. Semuanya dek desakan pelbagai pihak yang bukan bertujuan mencari kebenaran dan keadilan tetapi mencari sokongan politik murahan dengan membelakangkan proses perundangan.

 

Bagi mengelakkan senario yang berlaku dalam inkues TBH dan SSDR yang berlaku dalam siasatan kes VK Linggam, maka ahli-ahli SSDR yang dilantik perlu bebas dari segi minda, berani membuat keputusan dan tegas dalam tindakan. Sentimen “kasihan” atau “simpati” kepada keluarga si mati wajar dijauhi demi mencari keadilan dan kebenaran. Jangan terpengaruh dengan dolak-dalik ahli-ahli politik yang bertopengkan peguam kerana yang dicari bukan keadilan atau kebenaran tetapi lebih kepada sokongan ke atas nafsu politik serakah mereka.

 

 

Khoo Chai Lee

Kuala Lumpur


Suruhanjaya Siasatan Diraja

Usaha yang sedang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan politik mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock wajar ditentang keras.


Inkues yang sepatutnya berakhir beberapa bulan terpaksa mengambil masa yang terlalu lama iaitu menjangkau melebihi tempoh 15 bulan. Dalam tempoh tersebut, kes kematian TBH ini menjadi bahan politik yang disebarluaskan bukan demi mencari keadilan sebaliknya mencari sokongan politik khususnya di kalangan part-parti politik pembangkang. Pelbagai polemik diwujudkan demi menyemai perasaan perkauman dan rasa benci masyarakat cina khususnya kepada Kerajaan dan agensi yang terlibat. Sehinggakan, ahli keluarga TBH turut diseret ke kempen-kempen pilihanraya kecil seperti di Gua Musang bagi menagih simpati pengundi-pengundi di kalangan masyarakat cina.

Keputusan inkues telahpun kita ketahui. Sudah tentunya keputusan yang diumumkan ini tidak akan memberikan kepuasan kepada ahli-ahli politik pembangkang kerana isu ini merupakan isu besar yang boleh dijadikan bahan untuk menagih simpati masyarakat.

Perlu disedari bahawa tujuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bukan untuk mencari punca kematian sebaliknya lebih kepada membuka ruang masyarakat menghentam Kerajaan yang ada. Selagi belum selesai kes TBH ini maka selagi itulah kesempatan dan peluang yang terbuka luas untuk digunakan pembangkang menghentam Kerajaan.

Kita bersimpati dengan keluarga TBH khasnya kedua-dua ibu bapanya. Namun, kita perlu menerima hakikat bahawa kematian TBH juga bukan suatu yang dirancang dan disengajakan. Ajal dan maut ditangan tuhan. Kita juga harus menghormati sistem perundangan kita. Inkues diwujudkan bagi mengenalpasti punca kematian simati dan bukannya proses pendakwaan bagi mencari pihak yang bersalah. Pihak-pihak yang terlibat sepatutnya membantu Koroner dalam siasatan ini untuk mencari jawapan punca kematian TBH bukannya semata-mata untuk mempertahankan tindakan yang tidak betul termasuk yang dilakukan oleh simati.

Inkues yang berpanjangan dan berlarutan sehingga berbelas-belas bulan memperlihatkan ketelusan di mana semua pihak diberikan peluang dan kesempatan untuk menjelaskan punca dan sebab musabab kejadian. Atas faktor ketelusan dan keadilan juga, adakala dilihat inkues ini diseret kepada isu-isu yang lebih berbaur politik sehinggakan ada perkara-perkara yang tiada kena-mengena kes kematian TBH juga dihidangkan untuk menyedapkan hujahan peguam-peguam yang terdiri dari ahli-ahli politik pembangkang.

Laporan hasil bedah siasat oleh pakar-pakar forensik Kerajaan dan pakar daripada London dilihat tidak mampu menyaingi populariti dan kontroversi yang dicetuskan oleh “pakar” dari Thailand.  Populariti dan kontroversi dilihat menjadi keutamaan dalam perkara ini berbanding fakta-fakta saintifik.

Terkini pelbagai usaha yang dibelakangi oleh parti DAP dijalankan kononnya bagi mendapatkan 100,000 tandatangan bagi mendesak Kerajaan menubuhkan Siasatan Diraja. Apa yang akan berlaku seterusnya ialah mainan politik pembangkang sehinggalah cita-cita untuk mengubah Kerajaan yang ada tercapai dalam PRU 13 kelak. Rakyat harus sedar dengan mainan kotor politik pembangkang ini. Selagi kes TBH ini tidak selesai maka selagi itulah, persepsi negatif terhadap usaha Kerajaan memerangi rasuah tidak dapat dilaksanakan secara sempurna. Kita harus bertanya sampai bila perkara ini akan berakhir? Apakah rakyat Malaysia sanggup menggadaikan maruah bangsa dan negara hanya kerana mainan politik kotor pembangkang dalam kes TBH. Berfikirlah sewaras-warasnya dan janganlah terjebak dengan hasutan, semangat kebencian dan perkauman yang sedang disemaikan oleh golongan ini.

 

Versi Bahasa Inggeris

Efforts by those with vested interest to push for a Royal Commission to probe into Teoh Beng Hock’s death should be opposed.

The inquest which is supposed to have ended a few months ago has been dragged to more than 15 months. During that period, Teoh’s death has been politicized and sensationalized not for the sake of seeking justice but to garner political support for the Opposition. Issues were raised to fan racial sentiments and hatred towards the government and the agencies involved. It came to the extend where Teoh’s family were used as by-election campaign fodder in places like Gua Musang to win sympathy votes from Chinese voters.

Now that the inquest’s decision is known, politicians from the Opposition will not gain any satisfaction as this is a hot issue that will gain sympathy from the people.

We need to realize that a Royal Commission is not to find the cause of Teoh’s death but to open the door for the people to criticize the government even more. As long as Teoh’s case continues to drag on, certain quarters will seize the opportunity to bring down the government.

We truly express our sympathies to the Teoh family especially to both of the parents. However, we have to accept the reality that Teoh’s death is not something that was planned. Live and death is in God’s hands. We have to respect the legislative procedures in this country. This inquest was established to identify the cause of death and not a court process to convict the guilty one. Parties involve should instead assist the Coroner in finding the truth behind the cause of Teoh’s death and not indiscriminately defend the wrongdoings of all including those committed by the deceased.

Prolonging the inquest would give opportunists the chance and room to interpret the whole incident. On the basis of transparency, equality and fairness, the inquest sometimes see issues of political nature being dragged to court with matters not pertaining to Teoh’s death being dished out by lawyers from the Opposition parties to spice up their argument.

The forensic report by the government and English expert could not match the popularity of the controversial Thai expert. Popularity and controversy is now the focal point of the whole matter as compared to scientific facts.

Lately, there have been efforts backed by DAP to push the government for a Royal Commission such as the 100,000 signature campaign. What happens next is the Opposition’s political game to overthrow the government in the 13th General Election. The people should realize that the dirty political game the Opposition parties play. As long as Teoh’s case is not laid to rest, the government’s efforts to fight graft cannot be accomplished as negative perception prevails. We should ask ourselves if all these should end? Are Malaysians willing to sacrifice the nations pride for the dirty political games that these people play? Think carefully and do not fall to these instigations, hatred and racism that are perpetuated by this group.

Free Citizen

Kuala Lumpur


23 Dalil Teoh Beng Hock Bunuh Diri

Inkues gagal menemukan jawapan kepada punca kematian Teoh Beng Hock (TBH). Berikut adalah 23 dalil yang wajar diambil kira untuk menunjukkan bahawa kematian TBH adalah disebabkan bunuh diri.


1.         Keterangan pakar-pakar forensik Dr. Khairul Azman, Dr. Prashant, Dr. Shahidan dan Professor Dr. Peter Vanesis secara keseluruhannya menunjukkan TBH mati akibat jatuh dari tempat tinggi dengan mengalami pelbagai kecederaan tanpa mengaitkan dilakukan oleh orang lain. Kematiannya lebih menjurus kepada akibat simati membunuh diri;

2.         TBH merupakan saksi penting dalam kes penyelewengan peruntukan ADUN di Negeri Selangor. Oleh itu keterangannya amatlah penting sebagai saksi utama kes. Siasatan kes ini masih diperingkat awal dan ia bermula dengan pengambilan keterangan TBH. Tidak mungkin SPRM akan membunuh saksi penting.

3.         TBH adalah saksi dan bukannya orang yang disiasat. Oleh itu, beliau bebas bergerak dalam pejabat SPRM tanpa kawalan. Beliau diberikan makan dan minum, rehat dan kebenaran untuk balik, tetapi beliau sendiri enggan balik;

4.         Rumusan Pegawai Penyiasat kes ASP Ahmad Nazri bin Ismail – tiada sebarang keterangan fakta simati dicederakan atau disebabkan kematiannya oleh orang lain;

5.         Keterangan TBH telah dicatatkan antara jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi. TBH diberikan kebebasan untuk berhenti makan, minum dan ke tandas secara bersendirian ketika proses rakaman percakapan dibuat. Ini bagi mengelakkan mengurangkan tekanan dan kebebasan kepada saksi;

6.         TBH dibenarkan pulang setelah rakaman percakapan selesai pada jam 3.30 pagi. Sebaliknya beliau enggan pulang dan minta berehat di sofa ruang pejabat SPRM Selangor.

6.         TBH ada meminta segelas air untuk diminum pada jam 5.15 pagi daripada Mohd Ashraf bin Mohd Yunus (pegawai SPRM).

7.         Raymond Nion anak John Timban (pegawai SPRM) mengesahkan melihat TBH sedang berehat di atas sofa pada jam 6.00 pagi ketika beliau hendak pulang.

8.         Tan Boon Hwa (saksi lain) mengesahkan melihat TBH berjalan mundar mandir dengan cara menundukkan muka dan tidak menyahut apabila ditegur olehnya pada awal pagi sebelum subuh.

9.         Bulkini bin Paharuddin (pegawai SPRM) yang fasih berbahasa cina mengesahkan terjadinya pertengkaran kecil antara Tan Boon Hwa dan TBH di dalam tandas pada jam 2.30 pagi. Tan Boon Hwa telah menyalahkan TBH atas apa yang berlaku;

10.       TBH sentiasa dalam keadaan gelisah, panik dan rasa kelam kabut sepanjang proses rakaman percakapan dibuat. Lebih-lebih lagi apabila beliau ditunjukkan dokumen-dokumen berkaitan tuntutan peruntukan ADUN yang telah dibuat.

11.       Hasil siasatan di tempat kejadian oleh Unit Forensik PDRM tidak menemui tanda-tanda pergelutan di aras 14 Plaza Massalam. Kesan cap jari dan pemeriksaan menyeluruh tidak menunjukkan bahawa kematian TBH akibat perbuatan jenayah;

12.       Tingkap di mana dipercayai si mati keluar hanya boleh dibuka 45 darjah dan tiada sebarang DNA ditingkap tersebut untuk menyatakan terdapat sesuatu perbuatan jenayah terhadap simati;

13.       Pemeriksaan ahli kimia tidak menunjukkan sebarang perbuatan jenayah terhadap simati. Ini termasuk pemeriksaan darah simati menunjukkan beliau tidak dipengaruhi dadah, alkohol ataupun diracun.

14.       Pemeriksaan DNA ke atas semua pegawai SPRM yang terlibat dalam kes ini juga tidak dapat mengaitkan sebarang perbuatan jenayah terhadap simati;

15.       Dr. Khairul dan Dr Prashnant merupakan dua pakar forensik yang melakukan pemeriksaan ke atas mayat simati di tempat kejadian (tingkat 5, Plaza Masallam) dan melakukan post mortem pertama terhadap simati, mengesahkan bahawa tiada keterangan simati dicederakan oleh orang lain sebelum jatuh. Tiada kecederaan luaran atau dalaman yang boleh menggaitkan simati disiksa ataupun dipukul.

16.       Keterangan Dr. Khairul Azman Hj Ibrahim – “in my opinion, he just climb up and jumped – pada pendapat saya simati panjat dan dia keluarkan kaki dan dia keluar”;

17.       Dr. Prashant Naresh Sambikar – memberi 9 alasan kematian TBH disebabkan bunuh diri:

i. Punca kematian adalah suicidal or self inflicted death;
ii. Kecederaan yang dialami simati konsisten dengan akibat jatuh dari tempat tinggi;
iii. Kesan pada tapak kasut simati konsisten dengan keadaan di mana seseorang duduk atau bertinggung di atas tingkap;
iv. Tiada tanda-tanda penderaan atau mempertahankan diri sebelum jatuh;
v. Laporan kimia tidak menunjukkan bahawa simati dipengaruhi alkohol, dadah atau diracuni;
vi. Simati masih sedar semasa jatuh di aras 5 dan beliau mendarat dengan kakinya terlebih dahulu;
vii. Kecedaraan yang dialami dikedua-dua tangannya juga menunjukkan bahawa simati dalam keadaan sedar dan cuba mengurangkan impak (attempt to break his fall);
viii. Tiada tanda-tanda kecederaan pada lidah atau tergigit lidah;
ix. Kecederaan di leher dan dubur simati adalah kesan jatuh dari tempat tinggi dan bukan diakibatkan oleh perbuatan orang lain terhadap simati;

18.       Dr. Shahidan bin Md Noor telah menjalankan bedah siasat kedua dan merumuskan bahawa – “the second examination performed showed that the deceased sustained multiple injuries consistent with that of a fall from a certain height.. there were also injuries to the neck which most likely formed or produced by the impact of fall. The pattern and severity of them were in keeping with the incident or event”.

19.       Professor Dr. Peter Vanezis dalam laporan bedah siasatnya merumuskan bahawa None of the injuries show that he was killed by any other means and then thrown out of the window from the 14th floor… There is no evidence that the deceased’s neck had been compressed as in strangulation, prior to death. The bruising of the neck is part of the overall pattern of injury from yhe fall.”

20.       Pakar Forensik Thailand yang penuh dengan kontroversi pada awalnya berdasarkan hanya pada gambar simati telah merumuskan bahawa 80 peratus simati dibunuh dan 20 peratus membunuh diri. Namun demikian, dalam keterangan kali kedua, beliau telah mengubah keterangan dan menyatakan tujuan beliau menyatakan 80 peratus dibunuh adalah untuk menarik perhatian koroner bagi membolehkan bedah siasat kedua dilakukan. Kenyataan beliau telah memberikan kesan yang cukup besar dari segi keadilan kepada pihak yang terlibat khususnya SPRM dan Kerajaan. Isu kematian TBH telah dipolitikkan dan rakyat disemai dengan perasaan benci terhadap pihak berkuasa.

21.       Dr. Pornthip dalam keterangan kali kedua gagal mempertahankan teorinya yang mengatakan 80% TBH mati dibunuh. Keterangan kali keduanya menjelaskan bahawa:

i.                    Mengakui bahawa apa yang dikatakannya pada 21.10.2009 (keterangan kali pertama) bahawa terdapat kesan heretan di kasut simati adalah tidak benar;

ii.                  Apa yang beliau katakan terdapat kesan tusukan pada dubur simati tidak benar dan beliau bersetuju yang ianya adalah kesan akibat kejatuhan;

iii.                Beliau gagal mempertahankan dakwaan awalnya terdapat kesan hentakan senjata tumpul di kepala simati;

iv.                Lebih menghairankan apabila laporannya bercanggah dengan laporan awal iaitu tiada ‘manual strangulation”;

v.                  Kenyataannya yang tidak konsisten, sering berubah-ubah dan beliau gagal mempertahankan keterangan pertama yang dibuat pada 21.10.2009;

vi.                Dr. Pornthip tidak diiktiraf sebagai pegawai perubatan di Malaysia. Oleh itu keterangannya sebagai “keterangan pakar” tidak sah dan diiktiraf.

22.       TBH dalam keterangannya kepada SPRM telah mengesahkan bahawa semua tuntutan yang dibuat ditandatangani oleh beliau bagi pihak YB Ean. Simati dengan jelas telah menunjukkan rasa resah, gelisah, takut dan rasa bersalah kepada YB Ean. Disebabkan beliau, YB Ean disiasat oleh SPRM.

23.       Penemuan nota bertulis tangan. Laporan kimia menunjukkan bahawa tulisan tangan dalam nota tersebut adalah sama dengan buku catatan milik simati. Isikandungan nota adalah selari dengan apa yang berlaku pada malam simati berada di pejabat SPRM. Tercatat 3 kali simati meminta maaf kepada YB Ean dan akhirnya mengucapkan selamat tinggal.


GEMPAR! Jahabar Saddiq, Surya Paloh dalang demo anti Malaysia



Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim membuat kenyataan semalam kepada Utusan Malaysia semalam seolah-olah CEO, The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq mempunyai hubungan dengan pemimpin Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).

Katanya, “Saya mendapat tahu Jahabar ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

“Mungkin hubungan itu bersangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia atau Jahabar sekurang-kurangnya boleh menasihatkan Bendera mengenai hal itu jika benar mereka ada kaitan.”

Bekas wartawan New Straits Times ini menjadi Editor di Reuters sebelum diambil Kalimullah dan Brendan Periera untuk menjadi CEO The Malaysian Insider. Dia menafikan ada hubungan dengan Bendera dan mengugut untuk menyaman Zahrain.

Namun dia dilaporkan Free Malaysia Today berkata, “Saya dah berkecimpung dalam media selama 33 tahun dan saya mengenali ramai orang sepanjang saya terbabit dalam bidang tersebut. Saya juga pernah berkhidmat di Indonesia sebagai penerbit kanan untuk Reuters pada 2008-2009.

“Malah saya pernah bertemu dengan beberapa ahli Bendera. Mereka mungkin mempunyai kad saya.”

Difahami bahawa pihak Bendera mengaku mengenal Jahabar dan dia telah menalipon pihak mereka baru-baru ini sebagai wartawan.

Ini suatu percanggahan kerana dia menafikan ada hubungan dalam FMT. Kaitan antara Kalimullah dengan Anwar pun bertambah nyata.

Perhubungan ini dipercayai ada sangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia.

Ajen utama yang sering mengapi-apikan sentimen anti Malaysia ini adalah stesyen-stesyen TV. Tetapi dalam demo anti Malaysia terbaru ini, nampaknya media2 Indonesia agak neutral kerana kegiatan mereka memburuk Malaysia selama ini nampaknya “backfire” ataupun mendapat respon negatif dari rakyat Indonesia sendiri.

Hanya MetroTV yang dimiliki oleh Surya Paloh dan tycoon Cina Singapura masih terus dengan serangan2 negatif yang berunsur fitnah terhadap Malaysia serta menghasut rakyat Indonesia membenci Malaysia.

Surya Paloh ada kaitan rapat dengan Anwar Ibrahim melalui rakan satu Golkar, Yusof Kalla. MetroTV sering memberi liputan kepada Anwar.

Menurut sumber-sumber tertentu, stesyen TV itu tidak akan berterusan mengutuk dan menghina Malaysia tanpa permintaan dari Anwar.

Disamping itu, Surya Paloh mempunyai cita-cita politik untuk menjadi calun Presiden Indonesia. Isu penahanan 3 warga Indonesia oleh Marin Malaysia kerana mencerobohi perairan Malaysia digunakan untuk menekan presiden SBY yang dianggap lembut.

Perkara sebenarnya sungguh berlainan. Secara semena-mena ia berlaku selari selepas intervirew Nurul Izzah di Tempo. Ini hanya memberi petunjuk dan sangkaan akan pengaruh dan koordinasi bersama antara Anwar dengan Surya Paloh.

Penting baca Mingguan Malaysia sini

Posted by The Unspinners

Cerita sebenar penangkaan petugas Indon oleh Marin


Di atas adalah gambar tiga petugas yang DPK Kepulauan Riau Indonesia yang ditangkap oleh Polis Gerakan Marin Malaysia (PGM) kerana mencerobohi perairan negara. Bila sudah dihantar balik dengan selamat ke Indon tanpa kesan lebam-lebam, kamu tukar cerita pula ya. Kononnya pasukan Marin pulak yang menceroboh wilayah Indonesia. Kononnya pasukan Malaysia telah guna gari dan kekerasan.

Ceh…pandai buat cerita macam drama sinetron. Kamu ni terlalu banyak tonton video seks Ariel Peterporn. Sebab tu otak kamu jadi begitu.

Kenapa kamu tidak cerita rakyat Indonesia yang kamu telah ditangkap ketika berada dalam bot nelayan Malaysia dalam keadaan tergesa-gesa sedang bukak baju seragam? Kenapa kamu tak beritahu yang sistem GPS dalam bot nelayan Malaysia telah dirosakkan?

Satu lagi…kenapa kamu tidak tak dedahkan ada satu mesej SMS yang dihantar oleh orang di pihak kamu kepada adik salah seorang nelayan Malaysia yang telah ditahan oleh DPK Indonesia. SMS itu dihantar dari nombor +6281270228267 yang tertulis “Tolong kirim RM1,000 untuk taikong Melayum untuk tiga orang Cina RM2,500, jadi semua RM3,500. Kirim lewat western union atas nama Harun No KTP 2171071708659006, Alamat : Tanjung Piayu sei Beduk, Batam. Ok?”

Jangan pula kamu buat-buat bodoh atau pun memang bodoh cakap yang kamu tidak kenal penghantar SMS tersebut. Walhal, kamu pun ada menyimpan nombor tersebut dalam telefon bimbit kamu bertiga. Lagi mau sorok? Korup !

Sedarlah diri woiii.

Mengaku sajalah jika dah buat salah. Kerana cerita palsu rekaan kamu lah menyebabkan hubungan Indonesia-Malaysia bergolak. Sepatutnya kamu yang meminta maaf. Bukan Malaysia.

Untuk mengetahui insiden sebenar kes penangkapan 3 petugas DKP Indonesia, boleh baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di SINI.

Sumber: Nasionalis 1982


GEMPAR! AKHIRNYA KHALID GAGAP AKUI PAKATAN HARAM MEMANG MENGAMALKAN RASUAH!


Nampaknya apa yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang Selangor sebelum ini iaitu berlakunya penyelewengan dalam industri pasir di Selangor kini diakui oleh Khalid Ibrahim. Klik sini

Akhirnya si Khalid yang sebelum ini bermati-matian menafikan wujudnya penyelewengan dan membuat pelbagai tuduhan balas kepada DS Khir Toyo , terpaksa mempelawa SPRM untuk duduk bersama dengan KSSB dalam satu pasukan khas bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di Selangor.

Jika tiada berlaku rasuah dalam KSSB kenapa beliau hendak tubuh pasukan khas.Ini bermakna beliau telah mengakui wujudnya kegiatan rasuah dan mengesahkan apa yang dikata dan dibongkarkan oleh DS Khir Toyo sebelum ini adalah benar. Sekarang Khalid terpaksa telan balik kahak hijau yang dia ludah sebelum ini.

Kita harap mereka ikhlas dalam perkara ini, walaupun bagi kami ada sedikit keraguan. Kami bimbang SPRM dijadikan alat untuk kepentingan mereka.

Kami merasa pelik, kenapa dengan tiba-tiba mereka percaya kepada SPRM. Selama ini mereka tidak percaya kepada SPRM. Pelbagai tuduhan buruk dilemparkan kepada SPRM termasuklah menuduhnya membunuh Teoh Beng Hock.

Selain itu SPRM juga sering dituduh menjadi alat kepada BN dan Umno. Pantang ada orang mereka disiasat SPRM maka mulalah mereka semua melalak-lalak yang bukan-bukan termasuk menghalang SPRM melakukan siasatan.

Khalid sendiri pernah mengeluarkan arahan agar anggota pentadbiran Selangor dilarang disiasat SPRM selepas waktu pejabat. Yakob Safari sendiri pernah menghalang SPRM masuk ke pejabatnya.

Tetapi sekarang nampaknya mereka sudah benar-benar ‘percayakan’ SPRM. Baguslah kalau begitu, cuma kami berharap jika ada apa-apa tindakan yang diambil oleh SPRM selepas ini berhubung dengan kes pasir, jangan pula mereka cuba menghalang, melalak-lalak yang bukan-bukan dan membuat tuduhan-tuduhan jahat kepada SPRM.

Tahniah kepada DS Khir Toyo kerana lebih awal dari Kerajaan Selangor menghidu bau busuk dalam KSSB. Akhirnya Khalid mengakui wujudnya bau busuk tersebut dan terpaksa mencari pewangi untuk mengatasinya.

Sumber: Selangor Daily